Connect with us

Oh! Media

Tiga Beranak Hilang, Polis Siasat Kemungkinan Ada Kaitan Hutang Kutu

Ohmedia keluarga Hilang

Oh! Tidak

Tiga Beranak Hilang, Polis Siasat Kemungkinan Ada Kaitan Hutang Kutu

Polis siasat kemungkinan hutang main kutu berkait kehilangan tiga beranak sejak 20 Julai.

Misteri kehilangan tiga sekeluarga dari Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, Kedah sejak 20 Julai lalu masih belum terjawab apabila mereka masih belum ditemui sehingga kini.

Terbaru, Berita Harian melaporkan pihak polis tidak menolak kemungkinan isu hutang berkaitan permainan kutu menjadi punca kehilangan keluarga itu.

Kes masih disiasat sebagai ‘Orang Hilang’

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah menerima satu laporan daripada individu yang didakwa menjadi mangsa dalam permainan kutu membabitkan si isteri.

IKLAN
Laporan Polis

Menurut beliau, pasangan suami isteri bersama seorang anak mereka itu masih gagal dikesan walaupun usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

Setakat ini, pemeriksaan juga mendapati tiada rekod pergerakan mereka ke luar negara.

Terdahulu, bapa kepada wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam mendakwa anak, menantu dan cucunya telah hilang sejak 20 Julai lalu.

Kini, siasatan masih diteruskan sebagai ‘Orang Hilang’ dan polis meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya ternampak mereka.

Pihak polis menjalankan siasatan darisegala sudut, termasuk kemungkinan mereka menjadi mangsa perlakuan jenayah atau kemalangan.

kutu

Di Thread, tular dakwaan menyatakan keluarga ini menghilangkan diri bersama wang kutu berjumlah hampir RM400,000. Ada mangsa sudah tampil membuat laporan polis bagi mengesan wanita yang dikaitkan dalam kes ini.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas