Connect with us

Oh! Media

Waswas Berkongsi Span Cuci Pinggan Dengan Non-Muslim, Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

Ohmedia  Non muslim

Oh! Islam

Waswas Berkongsi Span Cuci Pinggan Dengan Non-Muslim, Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

Bagi individu Muslim sudah semestinya akan menitikberatkan setiap aspek bukan sahaja pada status halal, tetapi merangkumi peralatan yang digunakan.

Rata-rata ramai yang masih waswas dan tertanya-tanya apakah hukum jika orang Islam menggunakan span yang sama dengan orang bukan Islam untuk mencuci pinggan mangkuk, terutam sekali ketika berkongsi pantri di pejabat.

Jangan risau, kali ini kami akan kongsi sedikit penjelasan daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi persoalan berkenaan.

IKLAN

Imam al-Nawawi menyebutkan, tidak ada beza (dari segi hukum sucinya) pada peluh, air liur, hingus dan air mata, antara orang yang berjunub, perempuan yang haid, orang yang suci, Muslim dan kafir.

Bahkan kesemuanya itu adalah suci daripada mereka, dan daripada haiwan yang suci.

(Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/577)

Hal ini kerana hukum asal bagi sesuatu adalah suci sebagaimana kaedah menyebutkan, Asal bagi sesuatu adalah suci bersih sehinggalah ternyata kenajisannya.

(Lihat Tarh al-Tathrib fi Syarh al-Taqrib, 2/114)

Dalam pada itu, tidak mengapa dan tidak menjadi kesalahan bagi seseorang Muslim untuk menggunakan span yang sama dengan non-Muslim bagi membasuh perkakas makanan seperti sudu dan garpu kerana hukum asalnya adalah ia dikira suci dan bersih sehinggalah terdapat bukti atau dalil yang menunjukkan sebaliknya.

Non muslim

Menurut Datuk Seri Dr Zulkifli, selagi mana tidak ada padanya sebarang tanda-tanda atau bukti yang menunjukkan kepada kenajisannya secara zahir, maka ia tetap dihukumkan sebagai suci dan harus untuk digunakan.

Malah, ini kerana tidak mahu ia membawa kepada timbul syak atau ragu-ragu sehingga menyusahkan ramai orang.

Hal ini bertepatan dengan syariat Islam yang bersifat memudahkan dan tidak menyusahkan sebagaimana firman Allah SWT:

Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

(Surah al-Baqarah: 185)

BACA: Apa Hukum Makan Masakan Chef ‘Non-Muslim’? Ini Penjelasannya

Terdahulu, kami ada kongsikan penjelasan hukum bagi umat Islam memakan makanan yang dimasak oleh pekerja non-muslim.

Kredit: Maktabah al Bakri

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Https   cdncnn com cnnnext dam assets 220606130534 01 dish washing sponge
  • Ohmedia  Non muslim
  • Https   cdncnn com cnnnext dam assets 220606130534 01 dish washing sponge
  • Ohmedia  Non muslim

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas