Oh! Islam
Ini Makna Sebenar ‘Mampu Berpoligami’, Bukan Semata Duit Saja!
Oleh
Mesti pasangan suami isteri di luar sana ingin tahu apakah makna sebenar mampu berpoligami dalam agama Islam kan?
Berpoligami di dalam perkahwinan islam adalah diharuskan tetapi perlu mempunyai sebab-sebab yang tertentu.
Antaranya, jika si isteri itu mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat buat suami maka tiada pilihan buat lelaki selain dua perkara iaitu sama ada berkahwin dengan isteri kedua yang akan melahirkan anak-anak atau bercerai .
Sebab yang lain, jika si suami sentiasa bermusafir seperti perlu ke luar daerah atau ke luar negeri kerana urusan pekerjaan dan tidak dapat membawa isterinya setiap kali bermusafir.
Maka, untuk mengelak dari suami melakukan perbuatan zina, lebih baik berkahwin bersama isteri kedua. Tetapi, isteri pertama perlulah bertolak ansur dalam masalah ini jika suaminya benar-benar memerlukan poligami.
Namun begitu, berpoligami dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah seperti yang disangkakan, ia perlu diikuti dengan beberapa syarat utama, seperti haruslah berlaku adil dan berkemampuan.
Malah, si suami juga perlu bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami.
Si suami haruslah bijak dalam menguruskan hal rumah tangga jika sudah memilih untuk berpoligami ini bagi mengelakkan cemburu dan pertengkaran rumah tangga.
Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin, kerana perkahwinan itu akan dapat memelihara mata dan kehormatannya Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa, sesungguhnya puasa itu adalah merupakan perisai.
Makna sebenar si suami mampu berpoligami di dalam perkahwinan apabila dia:
- Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
- Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.
- Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.
- Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.
- Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.
وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan).
Dalam hal ini Rasulullah SAW sendiri berdoa seperti yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah, maksudnya:
Daripada ‘Aisyah bahawasanya Nabi SAW membahagikan antara isteri-isterinya maka dia boleh mengadili dengan baik. Namun dalam soal kasih sayang dia berdoa:
اللَّهُمَّ هَذَا قَسْمِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلاَ تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلاَ أَمْلِكُ”
Ya Allah inilah pembahagianku mengikut apa yang aku miliki, maka janganlah Kamu mencelaku pada perkara yang Kamu miliki sedangkan aku tidak miliki., (Riwayat al-Tarmizi)
BACA: “Hukum Sah Tapi Poligami Tanpa Izin Isteri Dianggap Tak Mampu” – Ustaz Azhar Idrus
Sebelum ini kami ada kongsikan kisah di mana Ustaz Azhar Idrus memberi pandangan tentang hukum jika seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri sehingga membuatkan hati isteri kecewa.
Kredit: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.