Connect with us

Oh! Media

Apple Sedia Labur AS$10 Juta Di Indonesia, Ini Sebabnya!

Untitled Design   3

Oh! Geekz

Apple Sedia Labur AS$10 Juta Di Indonesia, Ini Sebabnya!

Apple Inc. kini dalam perancangan untuk melabur hampir AS$10 juta di Indonesia untuk meningkatkan pengeluaran produk di negara itu serta membuka jalan untuk penjualan model terbaru iPhone 16 yang dilarang sementara ini.

Menurut laporan South China Morning Post, Apple akan bekerjasama dengan pembekal negara itu yang dijangka adalah sebuah kilang di Bandung, selatan Jakarta. 

Kilang tersebut akan memfokuskan kepada penghasilan aksesori dan komponen penting untuk peranti Apple.

IKLAN

Apple berusaha untuk penuhi syarat Indonesia

Debfad4c f104 4474 be54 51175e4c6cd4

Sebelum ini, Kementerian Perindustrian Indonesia menyekat permit jualan iPhone 16 kerana Apple masih belum memenuhi syarat kandungan tempatan sebanyak 40% bagi telefon pintar dan tablet mereka.

Kemudian, Apple telah mengemukakan cadangan pelaburan ini kepada kementerian untuk mempertimbangkan pelaburan berkenaan serta dapat membantu memenuhi syarat tersebut.

Keputusan mengenai cadangan ini dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Indonesia tegaskan keperluan pelaburan tempatan

3309ac52 e4d3 4ae5 8b98 5857b4a578e9

Larangan jualan iPhone 16 di Indonesia merupakan sebahagian usaha kerajaan di bawah Presiden Prabowo Subianto untuk menggalakkan pelaburan tempatan dan memelihara industri domestik. Bukan Apple jer, Google Pixel juga dihalang untuk terjual di Indonesia atas alasan yang sama.

Langkah ini meneruskan dasar yang dimulakan oleh bekas Presiden Joko Widodo, yang pernah mengenakan larangan terhadap ByteDance Ltd. dari China untuk melindungi sektor runcit tempatan. 

Dasar ini memaksa ByteDance melabur sebanyak AS$1.5 bilion melalui kerjasama dengan Tokopedia.

Apple tunjukkan komitmen, tapi..

Img 3300

Meskipun Apple menunjukkan komitmennya melalui pelaburan AS$10 juta ini, langkah tegas Indonesia ini dikhuatiri boleh menghalang syarikat asing daripada melabur lebih banyak. 

Pendekatan ini mungkin mempengaruhi sasaran Prabowo untuk menarik pelaburan asing, terutama dalam kalangan syarikat teknologi yang melihat potensi besar di Indonesia yang mempunyai lebih 278 juta pengguna.

#OhmediaNasihat

Melabur di pasaran luar memerlukan penyesuaian terhadap polisi tempatan, seperti yang ditunjukkan oleh Apple. 

Usaha Indonesia untuk mempromosikan pembuatan tempatan ini boleh menjadi contoh bagi negara lain untuk meningkatkan kebergantungan terhadap industri dalam negeri. 

Namun, keseimbangan diperlukan agar tidak menghalang kemasukan pelaburan asing yang mampu membawa kemajuan teknologi dan peluang pekerjaan.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: South China Morning Post


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas