Connect with us

Oh! Media

(Video) JPJ ‘Pasang’ Kamera Bagi Merakam Kesalahan Pengguna, Surat Saman Terus Sampai Ke Rumah

23a23052 c9e9 4a03 beb0 b197ea9e8f0e

Oh! Gear

(Video) JPJ ‘Pasang’ Kamera Bagi Merakam Kesalahan Pengguna, Surat Saman Terus Sampai Ke Rumah

Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) juga membuat pembaharuan dalam memberikan saman kepada pengguna jalan raya yang membuat kesalahan lalu lintas. Dalam pada itu, pihak JPJ hanya merakam pengguna jalan raya dan sekiranya ada yang membuat kesalahan lalulintas mereka hanya perlu menunggu surat saman sampai ke rumah.

Hal ini berkaitan dengan satu video yang tular di Twitter menerusi akaun @JalalMisai_2 dimana rakaman berdurasi hampir dua minit itu memaparkan seorang petugas JPJ sedang membuat rondaan menggunakan motosikal.

https://twitter.com/jalalmisai_2/status/1362016004629405698?

Beberapa rakaman telah diambil berhubung individu-individu yang melakukan kesalahan seperti tidak memakai topi keledar.

IKLAN

Sehubungan itu, rakaman yang telah dirakam akan terus masuk ke dalam sistem dan surat saman akan dihantar terus ke rumah.

Melalui kaedah ini, penguatkuasa JPJ juga akan lebih cekap dan telus dalam menjalankan tugas kerana semuanya telah tersedia dirakam.

Bukan itu sahaja, pengguna jalan raya yang disaman pun tidak dapat berkompromi atau mengelak kerana bukti kesalahan telah disimpan oleh penguatkuasa JPJ.

Ramai juga yang bersetuju dengan kaedah yang digunakan oleh penguatkuasa JPJ kerana hal ini juga sekaligus dapat menjaga imej mereka daripada orang tidak bertanggungjawab.

Kredit: Twitter @JalalMisai_2

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas