Connect with us

Oh! Gear

Foto Honda Civic Hatchback (2022) Bocor, Seminggu Lagi Patutnya Dilancarkan

Minggu depan sepatutnya tayangan Honda Civic (2022) versi hatchback dijadualkan tetapi, foto model kereta itu telah tular lebih awal di media sosial. Siapa penggemar Honda dekat sini?

Menurut Pandu Laju, terdapat beberapa foto yang tular itu mendedahkan tiga sudut iaitu rupa belakang, ruang kabin serta kerusi belakang Civic Hatchback (2022) ini. 

IKLAN

Lampu bagi model ini nampak lebih simple berbanding Civic sebelum ini. Di bahagian bawah bumper pula, terdapat paip ekzos berwana chrome yang seakan hiasan semata-mata. Korang rasa nampak lawa dan premium tak?

Sebelum ini ada ura-ura mengatakan bahawa Honda Civic model hatchback ini akan didatangkan dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik CVT. Bagi trenkuasa pula, ia dijangka hadir dengan dua varian iaitu 1.5L Turbo dan 2.0L N/A. Apapun, kita tunggu sehingga ianya diumumkan pihak Honda nanti ya.

Kredit: Pandu Laju | Auto123

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas