Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Proton X70 2025 Facelift Didedahkan Dengan Pelbagai Ciri Menarik Yang Ramai Tertunggu-Tunggu!

Ohmedia img 7526

Oh! Gear

Akhirnya Proton X70 2025 Facelift Didedahkan Dengan Pelbagai Ciri Menarik Yang Ramai Tertunggu-Tunggu!

Akhirnya! Proton X70 2025 facelift terbaru telah dibuka untuk tempahan dengan hanya RM500 jer. Bagi sesiapa yang berminat tu, korang bolehlah tempah dekat mana-mana pusat 3S dan 4S Proton sekarang.

Ohmedia img 7521

Nampak lebih garang!

Ohmedia img 7519

Kalau korang tengok bahagian luaran, nampaklah ada pembaharuan di bahagian muka depan. Antaranya lampu reflektor LED penuh yang lebih tirus, rekaan grill lebih besar seakan model X50 dan S70 serta rim bersaiz 19 inchi baru. Pergh! Nampak garang gila.

Dashboard pun dah lain, ada Ambient Light

Ohmedia img 7524

Untuk bahagian dalaman pula, dashboard pun dah nampak lain. Siap ada ambient light dan fungsi ritma yang akan bertukar-tukar warna mengikut rentak lagu. Function gais!

IKLAN

Akhirnya dah support Apple CarPlay Dan Android Auto

Ohmedia img 7523

Bukan tu jer, Proton X70 terbaru ini juga hadir dengan infotainmen bersaiz 12.3 inci yang support ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Akhirnya Proton turunkan ego mereka dan bagi semua ni dekat kita. Baru mantap!

Ohmedia img 7522

Untuk kerusi pula dah tak pakai warna coklat macam model sebelum ini sebab mereka dah menggantikannya kepada balutan kulit Nappa berwarna hitam. Lagi nampak premium!

Walau bagaimanapun, Proton masih belum mendedahkan apa-apa info mengenai spesifikasi enjin yang mereka letakkan pada model ini.

Ohmedia img 7520

Tapi ada khabar angin mengatakan ia masih menggunakan enjin yang sama seperti model sebelum ini iaitu 1.5-liter turbocas TGDi tiga-silinder yang mampu menghasilkan 177 PS dan 255 Nm. 

Begitu jugalah dengan bahagian transmisi, masih menggunakan unit klac berkembar tujuh-kelajuan.

Harga dan varian Proton X70 2025 facelift terbaru ini juga masih belum diberitahu tapi Proton kata mereka janji nak bagi tawaran menarik dekat pelanggan terawal. 

Korang puas hati tak dengan model SUV terbaru dari Proton ni? Apapun, kita tunggu sajalah sehingga ianya dilancarkan kalau nak tahu lebih lanjut mengenai spesifikasi penuh dan sebagainya.

Ohmedia img 7526

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas