Connect with us

Oh! Media

Suami Hadiahkan Isteri Kereta Sempena Lahir Anak Ke-7, Pernah Cuti Setahun Jaga Anak

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 16t173252801

Trending

Suami Hadiahkan Isteri Kereta Sempena Lahir Anak Ke-7, Pernah Cuti Setahun Jaga Anak

Baru-baru ini tular di laman Facebook, seorang lelaki telah menghadiahkan sebuah kereta Honda City Hatchback kepada isterinya yang baru selesai melahirkan zuriat.

Menerusi hantaran di Facebooknya, lelaki itu memberi hadiah sebagai penghargaan kerana telah melahirkan anak ke-7 mereka.

Tambahnya lagi, kereta itu juga ialah satu keperluan bagi isterinya supaya dia mudah untuk bergerak selepas selesai berpantang.

IKLAN

Alhamdulillah hari ni buat majlis delivery hadiah kereta kat isteri sempena dia bersalin anak yang ke-7.

Dia kata tak kisah tak ada kereta baru, dia boleh naik kereta Kia Carnival untuk ke mana-mana.

Saya tengok susah dia nak parking kereta Kia tu sebab besar sangat. Kesian. Maka saya belikan hadiah kereta lebih kecil ni.

Sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan dan ketabahan dia mengharungi kesusahan mengandung dan proses kelahiran baby Nawwaf.

Menerusi laporan mStar, Mohd Yazid Ismail berkata, hadiah kereta tersebut tidak dapat membalas pengorbanan isterinya, namun sekurang-kurangnya dapat memberi keseronokan kepada insan tersayang.

Hadiah kereta ni memang tak dapat nak balas nilai pengorbanan isteri, tapi sekurang-kurangnya boleh buat dia rasa dihargai. Itu yang penting.

Sebenarnya isteri selalu penat uruskan baby, bila kita bagi penghargaan dapatlah kurangkan sikit rasa penat tu.

Hadiah tanda penghargaan tak semestinya besar nilainya, kalau sekadar sejambak bunga pun dah ok.

Tapi tu lah, kedai bunga susah nak jumpa, tak macam kedai emas merata tempat ada. Jadi nak senang beli je lah rantai ke gelang ke ok dah. Untuk isteri kita juga bukan orang lain.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah hadiah kereta yang pertama untuk isterinya. Sebelum ini dia pernah menghadiahkan kereta Mazda CX5 ketika isterinya selamat melahirkan anak keenam mereka.

Ohmedia screenshot 2024 08 16 172839

Yazid juga turut berkongsi kisah, dia pernah mengambil cuti setahun untuk bersama-sama menjaga anak kembar mereka yang baru lahir.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 16t173252801

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook | mStar


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas