Oh! Gear
Aplikasi Khas Bagi Laluan Perjalanan Bas Di Lembah Klang Bakal Dilancarkan
Tidak lama lagi, sebuah aplikasi mudah alih yang khusus menyatukan perjalanan bas di Lembah Klang bakal dilancarkan.
Perkara ini dikongsikan oleh pihak Rapid Bus, menyatakan kini mereka dalam proses mengumpulkan data berkaitan untuk pembangunan aplikasi tersebut.
Malah, aplikasi ini dibangunkan bersama oleh Rapid Bus, DBKL dan juga kerajaan Selangor.

Dalam pada itu, ia turut akan menggabungkan perjalanan melibatkan laluan oleh Rapid Bus, bas GoKL dan juga bas Smart Selangor.
Tambahan, aplikasi ini dapat memudahkan perancangan perjalanan oleh pengguna, disamping mengetahui bas yang sepatutnya dinaik dan sampai ke destinasi dengan pantas.
Kredit: Bernama
+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.
