Connect with us

Oh! Media

RXZ Members Tegaskan Isu Tutup LPT Hanya Gurauan, Mahu Komuniti Dihormati

Ohmedia rxz Members

Oh! Gear

RXZ Members Tegaskan Isu Tutup LPT Hanya Gurauan, Mahu Komuniti Dihormati

RXZ Members jelaskan isu tutup LPT sekadar gurauan dan menegaskan komuniti mereka lebih mementingkan rasa hormat.

Komuniti RXZ bukan sekadar berkumpul kerana minat terhadap motosikal, sebaliknya mereka juga mahu dilayan dengan rasa hormat sewajarnya.

Perkara itu ditegaskan Pengarah Program RXZ Members, Mohd Lukhman Hassan ketika mengulas beberapa isu dan cadangan berkaitan penganjuran program tersebut, termasuk soal penutupan lebuh raya serta proses pendaftaran peserta.

Komuniti RXZ mahu dihormati

Kredit Foto Facebook Lukhman Hassan

Mohd Lukhman menegaskan, perkara paling utama bagi komuniti RXZ bukanlah soal wang ringgit, sebaliknya bagaimana mereka dilayan. Malah, beliau mengingatkan supaya komuniti tersebut tidak diperlakukan sesuka hati.

IKLAN

Jika dipijak, kami pasti melawan.- Katanya.

Menurut Mohd Lukhman lagi, cadangan berkaitan penutupan lebuh raya itu sebenarnya datang daripada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), manakala pihak RXZ Members hanya berseloroh mengenai perkara berkenaan.

Kredit Foto Facebook Lukhman Hassan

Pihak LLM yang mencadangkan, tetapi kami berseloroh mahukannya. Acara maraton penuh boleh menutup jalan negeri dan persekutuan selama 12 jam, tidak mengapa. Kenapa kami tidak boleh? Kami pembayar cukai jalan.

Pelari bayar cukai jalan juga ke? Tetapi sebenarnya kami tidak mahu pun. Cuma nak beritahu, Malaysia boleh dan ada acara yang menutup lebuh raya.- Katanya.

Pendaftaran motosikal perlukan penelitian

Kredit Foto Facebook Lukhman Hassan

Dalam perkembangan lain, pihak RXZ Members turut terbuka dengan cadangan supaya peserta menyertakan gambar motosikal ketika membuat pendaftaran.

Kalau perlu memilih 100,000 pendaftaran, sekiranya tidak lulus, berikan terus komen mengenai perkara yang perlu diubah dan buat susulan dengan penunggang berkenaan sehingga lulus.

Sebab itu sesi libat urus diperlukan lagi selepas ini jika mahu melaksanakannya. Macam hendak masuk PUSPAKOM, selepas ini kena buat tempahan.- Katanya.

Bagaimanapun, Mohd Lukhman berkata pihak penganjur tidak mempunyai kemampuan untuk menentukan atau meluluskan spesifikasi motosikal yang dibenarkan menyertai program berkenaan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas