Oh! Artis
“Semoga Pak Lan Cepat Sembuh” – Ustaz Kongsi Keadaan Terkini Pelakon Veteran Roslan Saleh
Umum sedia maklum, kesihatan pelakon veteran, Roslan Saleh kian merosot akibat penyakit kencing manis kronik yang dihidapi.
Roslan yang mesra dengan panggilan Pak Lan mula kehilangan penglihatan sejak Mei 2022 disebabkan masalah glaukoma.
Netizen luah kesedihan tengok keadaan Roslan Saleh
Terbaru, Ustaz Haji Taufik memuat naik keadaan terkini Pak Lan yang dilihat semakin uzur dan terlantar. Difahamkan Ustaz Haji Taufik menziarahi Pak Lan pada 23 Oktober (hari ini).
Keadaan terkini Pak Lan (Roslan Saleh) pada (23/10/2024). Pak Lan telah buta seumur hidup sejak 4 tahun lalu asbab kencing manis dan keadaannya semakin hari semakin uzur. Mohon doa dari semua.
Posting tersebut menerima ratusan komen dari netizen yang meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar Pak Lan diberi kekuatan dan kesembuhan.
“Semoga Allah angkat kesakitan Pak Lan”
Pak Lan yang merupakan seorang pelakon veteran telah membintangi pelbagai drama dan filem tempatan, menjadikan beliau antara pelakon yang amat dikenali di Malaysia.

Antara filem popular lakonan Roslan Salleh adalah Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2, Anak Perjanjian Syaitan dan Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda.
#OhmediaNasihat
Teruslah mendoakan mereka yang memerlukan kerana sokongan moral dan doa juga menjadi kekuatan buat mereka yang sedang menghadapi ujian hidup.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @ustaz.hj.taufik.ut