Connect with us

Oh! Media

“Saya Dah Jalani Hukuman, Kenapa Masih Nak Bangkitkan?” – Tony Eusoff

Ohmedia tony Eusoff

Oh! Artis

“Saya Dah Jalani Hukuman, Kenapa Masih Nak Bangkitkan?” – Tony Eusoff

Pelakon Tony Eusoff kesal netizen ungkit isu lama berkaitan dadah. Mohon dirinya diberi peluang move on.

Pelakon terkenal, Tony Eusoff tampil bersuara selepas ada netizen membangkitkan semula kisah silamnya yang pernah terlibat dengan kes dadah dan dihukum penjara hampir 10 tahun lalu.

Menerusi ruangan komen, netizen itu mempersoalkan mengapa Tony masih dibenarkan di Malaysia walaupun didakwa disenarai hitam oleh pihak imigresen Singapura.

Netizen pertikai Tony Eusoff tidak kena ‘banned’ di Malaysia

Tony Eusoff

Tidak melatah, Tony membalas komen tersebut mengaku pernah melakukan kesalahan. Namun dia sudah menjalani hukuman iaitu meringkuk di dalam penjara selama beberapa bulan.

IKLAN

Pelakon ini mempersoalkan niat sebenar individu berkenaan membangkitkan semula isu yang sudah lama selesai.

“Benci sangat ni sebab apa ye?” – Tony

Tony

Pelakon filem Ophilia ini turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan segelintir pihak yang seperti tidak mahu membiarkan dia meneruskan hidup secara normal.

Ye betul. Kena ban sebab salah saya sendiri. Bukan salah orang lain. Malah saya dah selesai menjalani hukuman dan telah dibebaskan selepas beberapa bulan meringkuk.

Malah, Tony menegaskan dia sudah pun berubah dan ingin ‘move on’ dari sejarah lampau yang menghantui dirinya.

Pssttt! Kalau seseorang sudah menjalani hukuman dan berusaha berubah, wajarkah kita terus menghukum mereka dengan kata-kata?

Kredit: Instagram Tony Eusoff
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas