Connect with us

Oh! Media

Naim Daniel Berdepan Penjara 20 Tahun Dan Sebatan

Ohmedia naim daniel hukuman penjara

Oh! Artis

Naim Daniel Berdepan Penjara 20 Tahun Dan Sebatan

Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual fizikal ke atas remaja 17 tahun.

Nama penyanyi berbakat, Naim Daniel kini jadi perhatian selepas didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun tujuh bulan.

Naim, atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim, Datin M Kunasundary.

Menurut pertuduhan, insiden didakwa berlaku di sebuah hotel pada 19 Mei lalu, kira-kira jam 8.56 malam. Ia dikatakan melibatkan perbuatan amang seksual terhadap mangsa bagi tujuan seksual.

IKLAN

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Syarat ikat jamin Naim Daniel ditetapkan…

Naim Daniel

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 serta syarat tambahan seperti penyerahan pasport, larangan mengganggu mangsa dan saksi.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta mematuhi semua syarat tambahan yang dicadangkan. Mahkamah menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk tindakan selanjutnya.

Dalam prosiding ini, Naim yang juga pelakon dalam drama Projek: High Council diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Naim Daniel ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis minggu lalu…

Naim Daniel

Terdahulu, Ohmedia melaporkan Naim ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Difahamkan, mangsa berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja, dan selepas beberapa kali pertemuan, insiden terbabit dikatakan berlaku.

Kenyataan rasmi turut dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan yang mengesahkan perkara itu.

Pssttt! Isu melibatkan selebriti dan remaja bawah umur memang sangat sensitif dan perlu disiasat dengan adil. Naim sudah tampil di mahkamah dan mengaku tidak bersalah, jadi biar proses perundangan menentukan kebenaran. Dalam masa yang sama, masyarakat juga perlu bijak menilai tanpa menjatuhkan hukuman awal. Kita tunggu perkembangan lanjut kes ini pada 18 Ogos nanti.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas