Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Jam Tangan Hadiah Dari Suami, Siti Nurhaliza Tidak Pernah Tanya Harga

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila hadir ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) menggayakan jam tangan bernilai lebih RM1 juta.

Selain jam tangan, Siti Nurhaliza juga mengenakan beg tangan mewah berjenama Christian Dior.

IKLAN

BACA: Peminat ‘Siasat’ Harga Jam Tangan Siti Nurhaliza, Dikatakan Bernilai RM1 Juta?

Menerusi temubual bersama wartawan Melodi, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti menjelaskan jam tangan itu adalah hadiah daripada suaminya, Dato’ Sri Khalid.

Jam tu adalah hadiah daripada suami saya. Dan saya tak pernah tanya pun, B.. berapa harga ni dan sebagainya tak. Apa yang suami hadiah Alhamdulilah saya terima.

Suami memang suka saya bergaya dan dia suka membeli koleksi-koleksi jam. Bagi saya tak ada apalah sangat. Sebagai seorang isteri, saya hargai dan saya pakai.

Jelas Siti lagi, dia tidak pernah mengambil tahu mengenai nilai setiap hadiah yang diberikan suami. Dia sebenarnya malas untuk kecoh-kecoh atau memperbesarkan hal ini.

Selain jam tangan mewah, khabarnya penyanyi lagu Cindai ini turut membeli sebuah beg jenama mewah untuk melengkapi persalinannya ke majlis itu.

Siti menegaskan dia bukanlah orang yang suka menghadiri majlis fesyen. Setiap acara yang dihadiri adalah di atas keperluan kerja kerana dia bukanlah orang yang berfesyen.

Dia hadir ke KLFW adalah untuk menyokong pereka fesyen, Rizman Ruzaini yang telah bekerjasama dengannya dari dulu.

Saya tak pandai matching-matching. Rizman yang tolong. Dia cakap, ‘Kak Siti, beg ni tak berapa sesuai..”.

Saya pun dah lama tak pergi shopping, macam mana?

So dia kata, ada satu beg ni cantik matching sangat dengan baju. Saya pun fikir, saya sendiri dah lama tak spend untuk diri saya, menghargai diri saya penat kerja dan sebagainya. Saya pun okay Rizman, pilihlah.

Dalam nada berseloroh, Siti berkata suaminya sangat beruntung kerana dia bukanlah kaki shopping. Tetapi suami sendiri suka melihatnya bergaya. Jadi, segala keperluan dan perhiasan dibeli oleh suaminya.

Video penuh:

Kredit: TV9Malaysia Official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas