Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Peminat ‘Siasat’ Harga Jam Tangan Siti Nurhaliza, Dikatakan Bernilai RM1 Juta?

Bergelar penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering kali menjadi perhatian peminat. Bukan sahaja memiliki suara yang merdu, sikapnya lemah lembut dan sentiasa tersenyum membuatkan peminat tidak jemu memandangnya.

BACA: Siti Nurhaliza & Sheikh Muszaphar Berada Kedudukan Teratas Dalam ‘World Most Admired’

IKLAN

Terbaru, Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi perhatian apabila muncul di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) menggayakan jam tangan dikatakan bernilai RM1 juta.

Pendedahan mengenai harga jam tangan tersebut dibuat seorang individu dikenali sebagai tarmizie_official menerusi satu perkongsian video di TikTok.

siti nurhaliza

Dalam video rakaman itu, Siti Nurhaliza dilihat hadir sewaktu pertunjukan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Dia melambai kepada kamera telefon salah seorang hadirin menampakkan jam tangan berwarna merah jenama Richard Mille.

@tarmizie_official

The End (Kuala Lumpur Fashion Week 2021) 👏🏻 ##klfw ##klfw21 ##klfw2021 ##ctdk ##fyp ##fypシ ##fypage ##rizmanruzaini ##foryoupage ##ctzone @toktitiktok

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada peminat memuji sikap merendah diri yang ditunjukkan penyanyi ini. Mana tidaknya, Tok Ti tidak pernah menunjuk atau mendedahkan harga bagi setiap barangan mewah yang dimilikinya.

Namun, peminat sendiri yang membuat ‘siasatan’ untuk mengetahui jenama pakaian atau aksesori yang dipakai penyanyi kesayangan ramai itu.

siti nurhaliza

Fuh, memang idola betul kan TokTi ni. Didoakan semoga beliau sentiasa diberikan rezeki melimpah ruah dan kesihatan yang baik. Amin.

Kredit: TikTok @tarmizie_official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas