Connect with us

Oh! Media

Amelia Henderson

Oh! Artis

Gaun Amelia Henderson Tayang Bahagian Dada Undang Perhatian Netizen

Pelakon dan pengacara popular, Amelia Henderson menjadi bualan hangat apabila tampil dengan gaun hitam yang mencolok mata di sebuah anugerah baru-baru ini. 

Fesyen Amelia yang menonjolkan bahagian perut, dada, dan belakang serta mempunyai belahan di bahagian kaki telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

IKLAN

Menerusi satu video yang dimuat baik di Instagram dan turut tular di TikTok, gaun seksi Amelia itu telah mendapat kritikan ramai. 

Ramai netizen yang kurang senang dengan penampilan yang dianggap terlalu terbuka, malah ada yang menyuarakan kebimbangan terhadap normalisasi pakaian seksi dalam kalangan selebriti wanita.

“Amelia Henderson sudah cantik, tak perlu berpakaian seksi” – netizen

@stail.my

Amelia Henderson tampil jelita di malam Kuala Lumpur Fashion Awards 😍😍❤️

♬ Mantra – JENNIE

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen memberi pandangan bahawa Amelia sudah cukup jelita tanpa perlu mengenakan pakaian yang terlalu terdedah. 

Ramai juga yang berharap agar selebriti terkenal seperti Amelia dapat memberikan contoh yang baik, terutama kepada peminat yang muda.

Cantik sangat Amelia, tapi kenapa perlu pakaian macam ni? Harap boleh jadi contoh yang lebih positif.

Bukan tu jer, ada juga netizen yang mempersoalkan tentang penampilan selebriti tempatan yang semakin berani, sedangkan selebriti luar negara yang membuat persembahan di Malaysia perlu mematuhi garis panduan berpakaian yang sopan.

Kontroversi fesyen selebriti tempatan

Isu mengenai pakaian seksi bukanlah perkara baru dalam dunia hiburan tempatan. Dalam era digital di mana segalanya mudah menjadi viral, fesyen selebriti sering mendapat perhatian dan kritikan. 

Ramai yang berpendapat bahawa sebagai seorang selebriti, pilihan berpakaian seharusnya mempertimbangkan sensitiviti budaya dan pandangan masyarakat tempatan.

#OhmediaNasihat

Kepada selebriti dan penggiat seni, ingatlah bahawa penampilan anda sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Sebagai figura awam, pemilihan fesyen yang sesuai bukan sahaja mencerminkan personaliti, tetapi juga mampu memberi impak positif kepada peminat. 

Sentiasa bijak dalam membuat pilihan agar dapat memberikan teladan yang baik kepada generasi muda dan memastikan imej yang dibawa tetap dihormati masyarakat.

Amelia Henderson

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas