Connect with us

Oh! Media

Erysha Emyra Rupanya Pelajar Cemerlang SPM 2016.. Beauty With Brain!

erysha emyra

Oh! Artis

Erysha Emyra Rupanya Pelajar Cemerlang SPM 2016.. Beauty With Brain!

Pelakon sedang meningkat naik, Nur Erysha Emyra yang popular dengan watak Aminah rupa-rupanya pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016.

ADVERTISEMENT

BACA: Sophia Al Barakbah Rupanya Banyak Habiskan Masa Dalam Makmal, Cantik Dan Bijak Orangnya

Difahamkan, Erysha yang merupakan anak kepada dramatis Noniswara berjaya meraih keputusan cemerlang 9A. Fuh inilah baru dipanggil beauty with brain kan?

Erysha yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki mendapat A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi dan Pendidikan Islam.

erysha emyra

Memetik laporan Hijabista, ibunya Noniswara berkata, Erysha seorang yang sensitif dan mudah menangis. Namun, di sebalik sikap manja itu, Erysha juga seorang yang tegas dan ada pendirian.

Kalau dengan saya, Erysha tetap nak makan bersuap. Waktu makan selalu minta disuapkan sampailah sekarang. Kalau berjalan suka dipimpin tangan. Apabila dia sedang bercakap, dia nak kita fokus dan mendengarnya dengan sepenuh perhatian. She likes to share with me.

Selain itu, anak kedua dari tiga beradik ini seorang yang pembersih dan cerewet dalam menjaga kecantikan diri serta penampilan.

erysha emyra

Bukan setakat pandai dan cantik je tau, pelakon ini rupa-rupanya handal memasak! Untunglah bakal suami nanti kan?

Terdahulu, nama Erysha mula mencuri tumpuan selepas muncul memegang watak utama dalam drama ‘Aku Bukan Ustazah’.

ustazah aminah

Netizen mempertikaikan watak Aminah yang sebenarnya bertudung labuh tetapi tiba-tiba mengenakan gaya hijab yang singkat.

Kredit: Hijabista | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas