Oh! Artis
Hafidz Roshdi Gelar Shuhada Janda Penfitnah Dan Kaki Pusing, Cuba Tutup Periuk Nasinya
Ingatkan sudah selesai rupa-rupanya ada lagi isu berbangkit di antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Shuhada Shukri.
BACA: “Satu Fitnah Yang Menjijikkan, Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan” – Hafidz Roshdi
Terdahulu, Shuhada mendakwa Hafidz telah pecah amanah dan menyalahguna rahsia mahkamah menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis.
Aktor itu bagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat Shuhada dan mendakwa wanita itu cuba menutup periuk nasinya.

Hafidz juga telah menggelarkan ibu kepada dua anaknya itu sebagai janda penfitnah dan janda penipu.
Menurut pelakon ini, Shuhada seorang kaki pusing apabila mengaitkan isu lain ketika diminta kemukakan bukti sahih mengenai dakwaan sebar dokumen mahkamah.

Bagi Shuhada pula, dia menganggap Hafidz bersikap kebudak-budakan apabila memberi gelaran yang tidak sepatutnya.
Dia mempersoalkan adakah Hafidz sebenarnya tidak bahagia dan bersimpati dengan kehidupan aktor berkenaan.
Kredit: Instagram Hafidz Roshdi | Shuhada Shukri
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM