Connect with us

Oh! Media

Sophia Al Barakbah Rupanya Banyak Habiskan Masa Dalam Makmal, Cantik Dan Bijak Orangnya

sophia albarakbah ohmedia

Oh! Artis

Sophia Al Barakbah Rupanya Banyak Habiskan Masa Dalam Makmal, Cantik Dan Bijak Orangnya

Nama Sophia Al Barakbah ketika ini sedang hangat diperkatakan selepas kecoh isu panas tentang tersayang suami orang. Ok, kita dah taknak cakap soal tu sebab Ohmedia yakin, korang mesti tak kenal siapa sebenarnya Sophia ni.

Sophia Al Barakbah merupakan pelakon baru yang muncul dalam beberapa drama dan kecantikan yang dimilikinya membuatkan ramai penonton cepat tertarik dengannya.

Kecantikan yang dimilikinya ini rupa-rupanya ada kacukan dari orang Cina dan Arab-Melayu tau.

IKLAN

Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia. Nenek saya orang Malaysia. Dari Kelantan.

Sophia Al Barakbah banyak habiskan masa dalam makmal?

Bukan sekadar mempunyai rupa paras yang jelita, malah Sophia juga dikatakan seseorang wanita beauty with brain kerana dia merupakan graduan Diploma Bioteknologi di universiti swasta.

Sophia bagaimanapun memaklumkan dia minat untuk belajar tentang bioteknologi tetapi tidak memutuskan untuk terus bekerja dalam industri berkenaan kerana tidak mahu habiskan masa dalam makmal.

Menurutnya, dia suka belajar dalam bidang tersebut tetapi tidak berapa gemar untuk bekerja di dalam industri bioteknologi atas sebab masanya akan banyak terhabis di dalam makmal.

Dalam pada masa yang sama, aktres berumur 30 tahun itu menyimpan keinginan untuk memasuki bidang veterinar, namun hasrat itu terkubur kerana ibunya tidak setuju.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas