Connect with us

Oh! Media

Ditegur Haram Kongsi Foto Di Media Sosial, Izara Aishah Tanya Ustazah

Izara Bertudung

Oh! Artis

Ditegur Haram Kongsi Foto Di Media Sosial, Izara Aishah Tanya Ustazah

Minggu lalu, pelakon popular, Izara Aishah menarik perhatian peminat apabila memuat naik beberapa keping foto bertudung labuh di media sosial. Walaupun gambar tidak disertakan sebarang kapsyen, peminat dapat mengagak pelakon ini sudah berhijrah lebih-lebih lagi apabila gambar lama turut dipadam.

BACA: Izara Aishah Muat Naik Foto Bertudung Labuh, Padam Gambar Lama

Susulan perubahannya itu, ada netizen menasihati Izara untuk tidak memuat naik foto di media sosial dan mendakwa perbuatan itu adalah haram. Pelakon filem J Revolusi ini terus mendapatkan pandangan ustazah mengenai hal yang diperkatakan itu. Malah, dia bersedia berhenti daripada media sosial jika ada bukti kukuh mengenai hukum tersebut.

IKLAN

Izara akan berhenti sekiranya..

Izara

Hasil perbincangan dengan seorang ustazah, pelakon ini menyatakan memuat naik foto ke laman sosial tidak jatuh hukum haram. Walau bagaimanapun, seseorang hendaklah berhati-hati dengan mata-mata jahat (pandangan mata yang disertai sifat hasad dengki atau iri hati).

Izara

Terdahulu, menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menerusi hantaran di Twitter berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakannya. Dia turut bertanyakan di mana ada dijual khimar untuk dipakainya selepas ini.

Di ruangan, peminat memberikan kata-kata semangat dan berterima kasih kepadanya kerana menjelaskan kemusykilan yang timbul. Tak kurang juga yang memintanya berjaga-jaga dengan pandangan mata ‘ain (sejenis penyakit disebabkan pandangan mata).

Penjelasan Ustaz Adnin

Kredit: Twitter Izara Aishah | Youtube Tarbiah Sentap

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas