Connect with us

Oh! Media

Izara Muat Naik Foto Bertudung Labuh, Padam Gambar Lama

Oh! Artis

Izara Muat Naik Foto Bertudung Labuh, Padam Gambar Lama

Pelakon popular, Izara Aishah mencuri tumpuan pengguna Instagram apabila memuat naik beberapa keping foto bertudung labuh.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Izara Aishah Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan!

Penampilan pelakon jelita ini yang mengenakan jubah berwarna ungu berselfie di hadapan cermin menjadi tanda tanya. Apatah lagi apabila gambar-gambar lama dipercayai turut dipadam.

Baru sahaja satu jam dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 50,000 tanda suka. Bagaimanapun, ruangan komen perkongsian itu ditutup. Perkongsian juga dimuat naik tanpa sebarang kapsyen.

izara aishah

Untuk rekod, pelakon dan usahawan popular ini mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Irisa Alaia.

Kredit: Izara Aishah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas