Oh! Artis
Rupa-Rupanya Hingga Ke Hari Ini Aslam Tak Pernah Ke Rumah Abby Abadi Minta Maaf
Terdahulu, suami kepada pempengaruh Marissa Dania iaitu Aslam menafikan dakwaan tidak pernah meminta maaf kepada ibu mentuanya, Abby Abadi.
BACA: Aslam Akui Salah Kahwin Senyap-Senyap Dan Mohon Maaf Kepada Abby Abadi
Aslam juga menjelaskan kedua-dua isterinya dijaga secara adil dan tidak berkongsi nafkah atau tempat tinggal.
Aslam tidak pernah datang berjumpa Abby di rumah
Pelakon dan usahawan, Abby Abadi pula menceritakan situasi di pihaknya. Menerusi satu rakaman tular di TikTok, Abby berkata, sehingga ke hari ini isunya dengan Aslam tidak pernah selesai.
Aslam pernah sekali meminta maaf kepadanya ketika kali pertama berjumpa di sebuah majlis. Ujarnya ketika itu dia hanya memandang wajah Aslam tanpa berkata apa-apa.
Dia tidak pernah datang rumah saya, tak pernah datang menghadap saya minta maaf tak pernah. Yang datang minta maaf dekat majlis, “Minta maaf ye ma”.
Jelas Abby, dia terpaksa menulis di Thread disebabkan ada netizen memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya.
Sedangkan, Aslam yang paling bersalah dalam hal ini tidak pernah berjumpanya untuk menyelesaikan isu secara peribadi.
Jumpa ramai-ramai dengan jumpa menghadap lain..

Tambah Abby, ketika pertemuan keluarga dia dan Aslam tidak berpeluang langsung untuk bersembang.
Jumpa ramai-ramai dengan jumpa mengadap saya bercerita lain. Tak payah la nak update kata kau dah minta maaf. Kau ni Aslam kalau aku jumpa…
Bekas anggota kumpulan Elite ini juga sempat memberi respon kepada penjelasan panjang lebar Aslam di Thread.
Tahu pun kau salah tapi bila anak aku kena maki kau tak tolong pun. Kau minta maaf dalam Threads buat apa? Tak function pun. Tolong siapa-siapa cakap dekat Aslam, datang jumpa saya di rumah.
Dedah Abby, sehingga ke hari ini isu di antara mereka tidak pernah selesai. Dengan nada sebak, selebriti ini berkata dia menjaga Marissa sejak kecil dengan baik tetapi apabila sudah besar Aslam mengambil anaknya begitu je.

Abby kesal menantunya itu tidak pernah datang memohon maaf seikhlas hati dengan apa yang berlaku.
Jelasnya lagi, dia terpaksa berlembut hati berjumpa Marissa beramai-ramai dengan ahli keluarga yang lain kerana tidak mahu kehilangan anaknya.
Abby mengaku sebenarnya sudah ‘kehilangan’ Marissa sejak anaknya itu berkahwin dan hanya berjumpa di majlis-majlis tertentu.
Kredit: TikTok @thehazzzzzzzs
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM