Connect with us

Oh! Media

Aslam Akui Salah Kahwin Senyap-Senyap Dan Mohon Maaf Kepada Abby Abadi

aslam

Trending

Aslam Akui Salah Kahwin Senyap-Senyap Dan Mohon Maaf Kepada Abby Abadi

Lama mendiamkan diri dari isu rumah tangganya, akhirnya menantu kepada Abby Abadi iaitu Aslam tampil membuka mulut.

BACA: “Nak Tanggung Diri Sendiri Pun Sedih..” – Abby Abadi Bersuara Isu Poligami

IKLAN

Dalam satu perkongsian di Thread, Aslam mengaku dirinya bersalah dan menjelaskan dia kini tampil kerana rasa tanggungjawab untuk menjernihkan keadaan.

Aslam memohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi

Jika dulu Aslam lebih memilih untuk diam, kini tidak lagi kerana diam dirinya telah menimbulkan lebih banyak masalah yang lebih besar.

aslam

Aslam turut menjawab isu kononnya dia tak minta maaf kepada ibu mentuanya, Abby Abadi. Katanya, dia sebenarnya sudah meminta maaf secara peribadi kepada ibu isteri pertama dan ibu isteri keduanya.

Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutama ibu mertua saya Abby Abadi kerana banyak perkara yang telah saya lakukan yang sangat berat.

Menurut Aslam, keputusannya untuk berkahwin secara senyap bukan sebab suka-suka tapi kerana keadaan yang ‘memaksa’. Dia juga sedar akan risiko dan kesan yang perlu ditanggung selepas itu.

“Lebih baik saya bertanggungjawab dari terus bermain dengan perasaan, masa depan orang lain”

Dalam masa yang sama, Aslam menjelaskan kedua-dua isterinya dijaga secara adil dan tidak berkongsi nafkah atau tempat tinggal.

aslam

Aslam sekaligus menafikan dakwaan kononnya dia tidak mampu untuk berpoligami. Dia sebagai suami menjaga kedua-dua isteri mengikut kemampuan dirinya dan keperluan isteri-isterinya.

Namun, dia berharap sesiapa tidak menggunakan media sosial untuk membuat serangan peribadi kepada mereka sekeluarga.

Saya hormat semua pandangan termasuk yang menentang poligami. Tapi apabila sindiran, tohmahan dan posting terbuka dijadikan medium untuk menyindir kami sekeluarga itu bukan lagi pandangan, itu serangan peribadi.

Ujarnya, lebih baik sesiapa yang menyindir fokus untuk memperbaiki hubungan keluarga sendiri daripada terus mencari simpati awam.

Mengakhiri penjelasan, Aslam yakin semua orang ada kekurangan dan sebagai ibu bapa jalan paling mulia adalah menasihati secara tertutup bukannya menjaja cerita sehingga menimbulkan fitnah.

Pssttt! Fuhh dalam maksud Aslam ni. Walaupun tidak menulis secara khusus hantaran ditujukan buat siapa, namun pasti ramai yang faham kan? Semoga semuanya baik-baik je.

Kredit: Threads Aslam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas