Oh! Arena
Keputusan Siasatan Tujuh Pemain Harimau Malaya Dijangka Minggu Ini
Keputusan siasatan tujuh pemain Harimau Malaya yang digantung FIFA dijangka diumumkan minggu ini oleh FAM.
Isu penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya oleh FIFA akhirnya menghampiri noktah penting. Selepas beberapa bulan menjadi persoalan, hasil penuh siasatan dalaman kini dijangka diketahui dalam minggu ini.
Perkembangan itu dikongsikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia FAM yang menubuhkan Jawatankuasa Bebas bagi menyiasat isu dokumentasi pemain terbabit. Keputusan siasatan ini bakal menentukan hala tuju seterusnya buat badan induk bola sepak negara itu.
FAM jangka terima laporan siasatan dalam masa terdekat

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada Jawatankuasa Bebas yang diketuai Tun Md Raus Sharif. Beliau menjangkakan laporan berkenaan akan diterima dalam bulan ini.
Menurut beliau, FAM akan meneliti dapatan siasatan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan lanjut. Semua langkah seterusnya hanya akan diputuskan selepas laporan penuh itu diperhalusi.
Kita masih menunggu lagi laporan daripada Tun Raus. Saya menjangkakan kita akan mendapatkan laporan ini dalam bulan ini juga.- Katanya.
Jawatankuasa bebas ditubuhkan susulan penggantungan FIFA

Untuk rekod, FAM menubuhkan jawatankuasa bebas pada Oktober lalu susulan penggantungan selama 12 bulan oleh FIFA terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Penggantungan itu dibuat berkaitan isu dokumentasi pemain terbabit.
Tun Md Raus Sharif dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa bebas tersebut bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh. Berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang kehakiman, FAM berharap satu rumusan yang adil dapat dicapai sebelum sebarang tindakan diambil.
Pssttt! Ohmedia harap korang boleh bersabar menunggu keputusan rasmi isu tujuh pemain Harimau Malaya ini. Dalam hal melibatkan maruah bola sepak negara, ketelusan dan fakta penuh jauh lebih penting daripada tindakan terburu-buru.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
HIV Bukan Hukuman Mati, Stigma Lebih Bahaya Dari Virus | Oh! Podcast Ep20
OH! MEDIA 23/12/2025 8:31 PM