Trending
Arwah Amirrulmukminin Derma Organ, Keluarga Reda Dan Bangga Dengan Keputusannya
Amirrulmukminin yang maut kemalangan mendermakan beberapa organ.
Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan petugas kesihatan beratur untuk memberi penghormatan terakhir kepada penderma organ, Amirrulmukminin.
Difahamkan, Amirrulmukminin yang mengalami mati otak akibat kemalangan pada 25 Disember lalu mendermakan mata, tulang dan buah pinggang.
Bapa reda dengan keputusan anak untuk derma organ
Memetik laporan Sinar Harian, bapa arwah, Mohd Zain Daud berkata, mereka sekeluarga reda dengan keputusan arwah dan berharap ia menjadi saham akhirat buatnya.
Menurut bapa lagi, anak ketujuh daripada lapan beradik itu dirawat di Hospital Kemaman sebelum menghembuskan nafas terakhir Jumaat lalu.
Arwah kemudiannya menjalani operasi pendermaan organ pada Sabtu di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZKT).
Keluarga yang pada awalnya tidak mengetahui tentang hasrat tersebut akhirnya bersetuju selepas menjumpai kad ikrar derma organ milik arwah.
Alhamdulillah, kami dimaklumkan oleh pihak hospital, buah pinggangnya sudah mempunyai penerima yang sedang menanti.
“Kami ingat gurauan, rupanya betul-betul niat arwah…”

Tambahnya lagi, arwah pernah menyuarakan hasrat untuk menderma organ pada usia 20 tahun semasa belajar di UiTM Sri Iskandar, Perak.
Lebih menyentuh hati apabila bapa ini berkongsi tentang satu peristiwa pelik beberapa hari sebelum kejadian apabila dia mendakwa sempat ‘menegur’ arwah yang sebenarnya bukan berada di rumah ketika itu.
Saya tanya bila Amir sampai. Tiba-tiba anak yang lain bagitahu itu bukan Amir tetapi anak bongsu saya.
Sementara itu, kakak arwah, Annurfatinah, berkata arwah beria untuk pulang ke kampung dengan menunggang motosikal walaupun kebiasaannya menaiki kereta atau bas.
Mereka hanya mengetahui tentang kemalangan itu selepas menerima panggilan daripada pihak Hospital Kemaman sekitar jam 9.30 pagi.
View on Threads
Kata Annurfatinah, mereka sekeluarga bersetuju untuk meneruskan proses pendermaan organ arwah selepas semua adik-beradik berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama.
Tambahnya lagi, proses itu turut disaksikan oleh pihak hospital, majistret serta pegawai polis untuk memastikan tiada unsur paksaan.
Pssttt! Pemergian Amirrulmukminin bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada keluarganya, malah memberi harapan baharu kepada mereka yang menerima organ dermaannya. Tindakan murni ini wajar dijadikan inspirasi buat semua agar sentiasa berfikir tentang sumbangan yang mampu diberikan walaupun selepas meninggal dunia.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM