Connect with us

Oh! Media

Pemain Pickleball Nombor 1 Malaysia, Jimmy Liong Sertai Keluarga Franklin

Branded

Pemain Pickleball Nombor 1 Malaysia, Jimmy Liong Sertai Keluarga Franklin

Kalau korang mengikuti rapat perkembangan sukan pickleball, nama Jimmy Liong semestinya tidak asing lagi betul tak? 

Baru-baru ini, pemain pickleball nombor 1 Malaysia itu telah diumumkan sebagai ahli terbaru keluarga Franklin Pickleball Malaysia tau! Wah, tahniah!

Franklin Pickleball Malaysia berbesar hati mengumumkan berita tersebut semasa Parti Krismas Franklin 2025, sebuah acara komuniti yang berlangsung di venue pickleball, secara eksklusif untuk ahli saja, di Combat Shooting Club, Kuala Lumpur. 

Konsisten Dalam Arena Antara Sebab Jimmy Liong Dipilih

Kalau korang nak tahu, Jimmy cukup dikenali dan menjadi antara nama paling berpengaruh dalam arena ini kerana mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dengan prestasi konsisten, menghasilkan peningkatan pesat dalam ranking kebangsaan.

Bukan setakat dari segi pertandingan, malah antara usahanya yang lain dalam memajukan sukan ini adalah dengan membina komuniti, di mana ia selari dengan misi Franklin untuk mengembangkan lagi sukan pickleball di serata Asia Tenggara. 

Jadi, penyertaan Jimmy ini adalah salah satu langkah besar dalam perkembangan sukan pickleball di Malaysia tau. 

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Jimmy ke dalam keluarga Franklin,” kata Stanley Low, Pengarah Franklin Pickleball Malaysia. 

Tambah beliau, “Jimmy melambangkan tahap tertinggi pickleball Malaysia. Pengaruhnya di dalam dan luar gelanggang memang besar. Dengan Jimmy bersama kami, kami mahu membawa bakat tempatan ke peringkat antarabangsa dan pada masa sama meningkatkan standard pickleball di Malaysia.” 

Kata Jimmy, “Saya berasa sangat berbesar hati untuk menyertai Franklin, sebuah jenama yang banyak menyumbang kepada perkembangan pickleball di Malaysia dan seluruh dunia. Saya sendiri melihat bagaimana Franklin membina komuniti di sini, dan saya bangga dapat mewakili jenama yang percaya pada potensi pemain Malaysia.”

Franklin Lancar Koleksi Pakaian Baru, Gabungan Prestasi & Gaya

Berita baik untuk penggemar sukan pickleball, Franklin Malaysia telah melancarkan koleksi pakaian terbaru mereka semasa Parti Krismas Franklin tau. Antaranya:

Baju-T Gaya Hidup: rekaan ringkas, moden dan sesuai dipakai setiap hari

Koleksi Sukan Asas: pakaian ringan, selesa dan sesuai untuk latihan, permainan dan kejohanan.

Bestnya! Jadi, untuk korang yang aktif main pickleball, pastikan korang dapatkan koleksi ini okay? Barulah selesa untuk perform!

Koleksi ini dihasilkan bertujuan untuk menjadikan sukan pickleball sebagai satu identiti dan gaya hidup yang boleh dibanggakan oleh komuniti di Malaysia.

“Koleksi pakaian ini mencerminkan komuniti pickleball Malaysia, yang aktif, bergaya dan sedang berkembang dengan pantas. Ini baru permulaan untuk pengembangan kami dalam pakaian sukan dan gaya hidup,” tambah Stanley.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada pelancaran, Franklin Malaysia turut bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Key Ng, dan menghasilkan satu rekaan edisi khas, eksklusif untuk Parti Krismas Franklin. 

Kerjasama ini juga menjadi satu titik permulaan usaha Franklin Malaysia untuk bekerjasama dengan atlet dan pereka tempatan dalam menghasilkan rekaan yang lebih unik menjelang tahun 2026 dan seterusnya. 

Antara Sorotan Parti Krismas Franklin

Acara ini mengumpulkan peminat sukan pickleball, selebriti dan rakan industri untuk memeriahkan sukan ini menerusi perlawanan pameran, ramah mesra dan pelancaran produk, mencerminkan komitmen Franklin Malaysia dalam membina masa depan pickleball tempatan. 

Perkara ini penting untuk Malaysia sebab;

–  Franklin menandatangani pemain profesional pertamanya di Asia,

– menunjukkan komitmen jangka panjang Franklin di Malaysia,

– mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran pickleball paling pesat di Asia Tenggara, dan

– pelancaran rasmi koleksi pakaian sukan dan gaya hidup Franklin. 

Sekadar info, Franklin Pickleball Malaysia adalah pengedar rasmi produk Franklin Pickleball di Malaysia dan Brunei. 

Jenama ini sangat komited dalam membangunkan sukan pickleball menerusi penganjuran kejohanan, penajaan, sokongan atlet, program akar umbi, inisiatif kitar semula, serta kerjasama dengan gelanggang dan peruncit di seluruh negara. 

Matlamat utama Franklin adalah untuk menjadikan sukan pickleball mudah diakses, menyeronokkan dan sebahagian daripada landskap sukan Malaysia. 

Ikuti media sosial Franklin Pickleball Malaysia di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas