Connect with us

Oh! Media

(Video) Alamak! Macam Mana Nak Beraya Ni?!

Branded

(Video) Alamak! Macam Mana Nak Beraya Ni?!

Lagi beberapa hari nak menjelang Aidilfitri, mesti korang tak sabar nak balik kampung dan berjumpa dengan yang tersayang betul tak? 

Tapi, sementara tunggu nak balik kampung, confirm korang akan pasang playlist raya atau tengok iklan raya. Nak ambil feel berayalah kononya. 

Cakap pasal iklan raya ni kan, Oh! Media nak share satu iklan raya daripada Vochelle yang korang tak akan jangka pun plot twist yang terjadi and kami yakin video ni dapat membuka mata korang untuk lebih berhati-hati ketika membuat persiapan raya.

Ingatkan ada pencuri pecah rumah, sedihnya, penat buat banyak-banyak…

Sayu Tak Dapat Kotakan Janji

Mak-mak selalu pesan, barang mudah pecah kena letak dekat tempat yang tersorok dan selamat supaya tak mudah jatuh dan pecah. Haa, kan dah rosak biskut raya. Penat Sabrina buat seharian. 

Plot twist iklan ni pun tak nak kalah tau, korang mesti ingat perompak yang nak menyamun rumah Sabrina kan? Ish, ish, ish, kesian Sabrina, niat baik nak bagi kuih raya Vochelle ketika berkunjung terbantut sebab salah si comel terlanggar balang biskut raya. 

Adakah kawan-kawan Sabrina yang lain marah dia sebab mungkir janji? Ataupun Ah Seng hadir dengan plan lain? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang wajib tonton video raya Vochelle: Saat Manis Ramadan ni sampai habis.
Dah alang-alang korang baca sampai habis ni, kami nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, ingat, walaupun dah diberi kelonggaran, kita tetap kena jaga SOP tau. Paling penting, bawalah Vochelle sebagai back up, kot-kot kuih raya cepat habis bila beraya nanti!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas