Connect with us

Oh! Media

Isu Founder Beli Tanah RM450k, Agensi Hartanah Tampil Beri Kenyataan

ohmedia tanah wna

Trending

Isu Founder Beli Tanah RM450k, Agensi Hartanah Tampil Beri Kenyataan

Agensi hartanah tampil beri kenyataan rasmi berhubung isu tanah RM450k yang tular.

Sebelum ini, seorang founder kosmetik dikenali sebagai Wan Nur Amirah meluahkan rasa terkilan mendakwa membeli tanah secara tunai bernilai RM450,000, namun berdepan masalah berkaitan jalan masuk ke kawasan tanah berkenaan.

BACA: Founder Kosmetik Dakwa Tertipu Lepas Beli Tanah RM450k Cash, Pihak Penjual Tampil Beri Penjelasan

Malah, dia turut mendakwa sebahagian kawasan pagar melibatkan tanah milik orang lain, sekali gus membuatkan urusan tersebut menjadi rumit.

IKLAN

Agensi hartanah keluarkan kenyataan rasmi

Terbaru, agensi hartanah, Landsworth Properties Sdn. Bhd. memaklumkan pihak mereka mengambil maklum mengenai isu yang mengaitkan nama agensi tersebut dengan suatu transaksi pembelian hartanah.

landsworth properties

Dalam kenyataan rasmi bertarikh 17 Julai 2026, pihak agensi berkata mereka memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan semakan menyeluruh.

Semakan tersebut termasuk meneliti semua dokumen, rekod komunikasi serta mendapatkan penjelasan daripada REN yang terlibat bagi memastikan isu berkenaan dinilai secara adil, telus dan berdasarkan fakta.

Dalam kenyataan sama, Landsworth Properties turut menghormati hak semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian melalui saluran undang-undang yang sewajarnya.

Sehubungan itu, pihak agensi memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi sehingga semakan selesai dan keseluruhan fakta diperoleh.

Pihak agensi turut menegaskan mereka sentiasa komited menjalankan urusan secara profesional, beretika dan mematuhi undang-undang sebagai sebuah agensi hartanah berdaftar.

Landsworth Properties dalam kenyataan itu turut memaklumkan bahawa pihak mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa atau mana-mana pihak berkaitan sekiranya diperlukan.

Pada masa sama, agensi berkenaan menegaskan akan terus melindungi hak dan reputasi agensi, termasuk kakitangan serta REN yang bernaung di bawah mereka.

Tindakan melalui saluran undang-undang juga boleh diambil sekiranya terdapat penyebaran kenyataan palsu, mengelirukan atau berunsur fitnah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas