Oh! Artis
Sabronzo Didakwa Lukis Tatu? Ini Respon Tuan Badan
Respon Sabronzo Dolla selepas foto corak seakan tatu di belakang badan jadi bualan netizen.
Penyanyi dari kumpulan Dolla, Sabronzo menarik perhatian ramai apabila berkongsi beberapa keping foto di Instagram.
Perkongsian itu mengundang kontroversi apabila terdapat lukisan bercorak tanduk kambing di belakang badan Sabronzo.
“Itu tatu ke?” – Peminat soal Sabronzo
Malah, penyanyi ini juga hanya menyertakan kapsyen emoji kambing tanpa sebarang penjelasan lanjut.
Disebabkan itu, netizen membuat pelbagai andaian sama ada corak tersebut tatu kekal, tatu sementara, inai atau solekan badan untuk tujuan fotografi.
Ada yang membangkitkan soal hukum sekiranya ia dibuat menggunakan inai.

Menjawab spekulasi yang sedang hangat diperkatakan, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli ketika dihubungi mStar memilih untuk tidak memberi penjelasan lanjut.
No comment.
Jawapan pendek itu membuatkan persoalan mengenai corak di belakang badannya masih belum terjawab, namun jelas Sabronzo tidak mahu memanjangkan isu berkenaan buat masa ini.

Walaupun ramai mengaitkan corak tersebut dengan tatu, ada juga peminat yang berpendapat ia mungkin sekadar gimik atau konsep promosi.

