Connect with us

Oh! Media

Vochelle Bagi Coklat PERCUMA, Siap Tawar Hadiah Yang Paling Bergaya Untuk Tahun 2024! Biar Betul?!

Buka with Vochelle

Branded

Vochelle Bagi Coklat PERCUMA, Siap Tawar Hadiah Yang Paling Bergaya Untuk Tahun 2024! Biar Betul?!

Apa itu Lebaran kalau tak ada kuih raya betul tak? Zaman sekarang ni, kebanyakan orang lebih suka untuk beli kuih yang simple tapi sedap untuk dimakan. 

Contohnya, seperti coklat Vochelle. Coklat ni kalau letak dalam bekas kuih raya, tak sampai satu hari dah boleh habis sebab dah lah sedap, rasa coklat berkrim tu memang cair pada setiap gigitan. Purr, memang surrr! 

Cakap pasal Vochelle, kalau ada yang singgah ke bazar ramadan di Stadium Shah Alam baru-baru ni, mesti korang perasan ada satu booth Vochelle yang riuh sangat. Apa yang jadi sebenarnya? 

Untuk korang yang tertinggal keretapi tu, Vochelle sekarang ni tengah rancak mengadakan kempen sepanjang bulan Ramadan dan Lebaran iaitu Raya Paling Gaya bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2024.

Apa yang bestnya, kempen ni menerima sambutan yang hangat sebab masa kami datang ke booth #BukaWithVochelle, memang ramai sangat pengunjung memeriahkan booth ni tau! 

Ada macam-macam aktiviti menarik yang berlaku antaranya ada giveaway coklat Vochelle, kira berapa jumlah coklat Vochelle dalam peti sejuk dan banyak lagi! 

Acara #BukaWithVochelle ni menerima sambutan yang sangat baik sampaikan ramai pengunjung buat video dan bergambar untuk dimuat naik dalam media sosial. Tak percaya, korang boleh buka Instagram atau Facebook di bawah tanda pagar #BukaWithVochelle!

Paling meriah masa pihak Vochelle umumkan ada hadiah lumayan yang mereka nak berikan sempena kempen Raya Paling Gaya! Fuhh, masa tu kami pun tercengang sebab hadiah yang mereka tawarkan tu bukan biasa-biasa tau!

Haa, meriahkan?! Amboi kak, seronok main teka-teki berapa banyak coklat Vochelle yang ada dalam peti sejuk tu, yang hos pun kemain ya! Siap dapat Vochelle Dates edisi terhad lagi tau, sementara stok masih ada.

Tapi, siapa sangka peti sejuk sebesar itu boleh memuatkan kira-kira 1,548 coklat Vochelle. Banyak tu, berbaloi kalau ada sebiji dekat rumah kan? 

Disebabkan kempen Raya Paling Gaya Vochelle ni sampai 30 April 2024 dan menerima sambutan luar biasa, mereka akan buka satu lagi booth #BukaWithVochelle untuk giveaway tau! Nak tahu dekat mana, jom kami kongsikan:

Tempat: Pasar Seni, Kuala Lumpur

Tarikh: 30 Mac 2024

Masa: 12 tengahari hingga 5 petang

Siapa yang belum pergi lagi tu, jom lah singgah Pasar Seni hujung minggu ni bagi lagi meriah! Kot lah bertuah dapat coklat Vochelle percuma! 

Psst, dah nama kempen pun Raya Paling Gaya, mestilah ada peraduan serta hadiah paling bergaya, khas untuk korang.

Tadi kami ada cerita tentang hadiah lumayan yang Vochelle nak bagi kan? Kalau korang nak tahu apakah antara hadiah lumayan tersebut, meh sini meh kami kongsi:

Hadiah Utama: SAMSUNG BeSpoke Refrigerator

Hadiah Mingguan: Baucar Hadiah Zalora bernilai RM100

Hadiah Eksklusif: iPad, Apple Watch dan banyak lagi

Wow, kalau korang tengok video tadi, haa peti sejuk itulah hadiah utama yang korang berpeluang untuk menang kalau join peraduan Raya Paling Gaya Vochelle! Bestnya kalau menang, raya tahun ni confirm paling bergaya!

Apa? Macam mana nak join peraduan Raya Paling Gaya? Senang saja, korang ikut langkah mudah di bawah ini:

Langkah 1: Beli mana-mana coklat Vochelle dengan minima pembelian RM10 dalam satu resit

Langkah 2: Tangkap gambar resit dengan jelas 

Langkah 3: Hantarkan gambar resit, nama penuh serta nombor kad pengenalan ke talian +6019 2067 950 melalui aplikasi WhatsApp

Wow, senang saja kan join peraduan Raya Paling Gaya Vochelle ni? 

Nak dekat Hari Raya ni, dah alang-alang beli kuih raya, apa kata beli sekali coklat Vochelle dan join peraduan ni! Mana tahu rezeki korang menang SAMSUNG BeSpoke Refrigerator!

Jadi, siapa-siapa yang hujung minggu ni nak ke Pasar Seni untuk beli persiapan Hari Raya, jangan lupa tau singgah ke booth Vochelle, kot lah korang menang hadiah istimewa! 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Vochelle atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas