Connect with us

Oh! Media

Rasa Macam Dah Cukup Makan Buah? Jangan Terkejut Kalau Hakikatnya Belum Lagi

Branded

Rasa Macam Dah Cukup Makan Buah? Jangan Terkejut Kalau Hakikatnya Belum Lagi

Bila kali terakhir korang makan buah? Semalam? Minggu lepas? Atau dah tak ingat langsung?

Sebenarnya, ramai antara kita masih belum mengambil buah mengikut saranan harian walaupun semua orang tahu buah merupakan antara sumber penting untuk mendapatkan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Dengan rutin harian yang padat, ramai memilih makanan yang lebih cepat dan mudah. Sarapan di dalam kereta, makan tengah hari di pejabat, malam pula terus berehat di rumah.

Akhirnya, pengambilan buah sering terlepas pandang.

Sebab itu ramai mencari cara yang lebih praktikal untuk menikmati kebaikan buah tanpa perlu mengubah rutin harian secara drastik.

Pilihan lebih mudah nikmati nutrien dalam buah

marigold 100% juice

Di sinilah MARIGOLD 100% Juice boleh menjadi salah satu pilihan yang mudah untuk menikmati nutrien yang sememangnya terdapat dalam buah-buahan.

Tahu tak, bukan semua jus di pasaran sama?

Satu perkara yang ramai masih keliru ialah perbezaan antara 100% jus buah dan minuman buah-buahan.

100% jus buah, tanpa gula tambahan, tanpa pengawet

marigold 100% juice

Ada minuman buah yang mengandungi gula tambahan, tapi MARIGOLD 100% Juice dihasilkan daripada 100% jus buah tanpa gula tambahan serta tanpa bahan pengawet.

Selain itu MARIGOLD 100% Juice ini juga kaya dengan Vitamin C serta anti-oksidan yang mempunyai banyak manfaat bagi tubuh.

Ini menjadikannya pilihan yang lebih mudah bagi mereka yang mahu menikmati kebaikan buah dalam rutin harian mereka.

Sama ada diminum ketika sarapan, dibawa ke pejabat atau dinikmati selepas bersenam, MARIGOLD 100% Juice menawarkan cara yang lebih praktikal untuk menikmati rasa buah yang menyegarkan.

Selain rasanya yang enak, ia turut membekalkan nutrien yang sememangnya terdapat secara semula jadi dalam buah.

Bagi mereka yang sentiasa sibuk atau sukar mendapatkan buah setiap hari, pilihan seperti ini boleh membantu melengkapkan gaya hidup yang lebih seimbang.

Ikuti MARIGOLD 100% Juice di Facebook dan Instagram  untuk lebih banyak info menarik, inspirasi gaya hidup sihat serta kemas kini produk terkini. Mana tahu, lepas ini ada lagi perkongsian yang boleh bantu korang buat pilihan lebih baik setiap hari!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas