Connect with us

Oh! Media

Haram Jadah Israel Masuk Malaysia Guna Pasport Kedua

Ohmedia passport israel amerika

Oh! Negara

Haram Jadah Israel Masuk Malaysia Guna Pasport Kedua

Rakyat Israel boleh memasuki Malaysia menggunakan pasport kedua jika memiliki dwikewarganegaraan. Ini penjelasan sebenar.

Rakyat Malaysia mempersoalkan bagaimana dakwaan kehadiran rakyat Israel di Network School, Forest City boleh berlaku sedangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Sebenarnya, isu ini lebih kompleks daripada yang disangka. Ramai mungkin tidak tahu bahawa sebahagian rakyat Israel memiliki dua kewarganegaraan, sekali gus membolehkan mereka memasuki negara tertentu menggunakan pasport negara lain.

Lebih 10% rakyat haram jadah Israel ada 2 kewarganegaraan

Israel membenarkan rakyatnya memiliki dwikewarganegaraan dalam banyak keadaan, namun tiada rekod rasmi diterbitkan mengenai jumlah sebenar pemegang pasport kedua.

IKLAN

Laporan yang sering dipetik menganggarkan sekitar 10 peratus rakyat Israel mempunyai kewarganegaraan kedua, bersamaan kira-kira satu juta orang. Bagaimanapun, angka itu hanyalah anggaran dan bukan statistik rasmi.

Antara kewarganegaraan kedua yang sering dikaitkan dengan rakyat Israel ialah Amerika Syarikat, Perancis, Rusia, United Kingdom, Poland, Romania, Hungary, Portugal, Argentina, Afrika Selatan dan Ethiopia bergantung kepada latar belakang keluarga serta sejarah penghijrahan.

Media sebelum ini turut melaporkan Nas Daily pernah memasuki Johor Bahru melalui Singapura pada tahun 2022 menggunakan pasport Saint Kitts dan Nevis walaupun beliau merupakan warga Israel-Palestin.

Isu Network School jadi perhatian

Exterior view of a contemporary building with a large 'Network School' sign along glass storefronts; a few people walk outside under a shaded walkway.

Kontroversi ini tercetus selepas dakwaan penyertaan rakyat Israel dalam Network School di Forest City, Johor Bahru. Komuniti teknologi itu diasaskan oleh pelabur Lembah Silikon, Balaji Srinivasan.

Susulan tindakan penguatkuasaan, Balaji dilaporkan menangguhkan rancangan peluasan projek bernilai RM500 juta di Malaysia dan mengkritik kumpulan Malaysia Protest 4 Palestine menerusi platform X.

Imigresen belum jumpa bukti warga Israel

Ohmedia network school

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata sebanyak 256 warga asing dari 40 negara yang diperiksa memegang Pas Lawatan Sosial, manakala 10 lagi menggunakan Pas Lawatan Ikhtisas di bawah kategori nomad.

Pihaknya setakat ini, belum menemukan sebarang bukti bahawa warganegara Israel berada di Network School, namun siasatan akan diteruskan dan hasilnya akan dikongsikan dengan agensi berkaitan.- katanya.

Beliau memaklumkan 10 individu di bawah kategori nomad terdiri daripada empat warga Amerika Syarikat, tiga Rusia, dua Australia dan seorang warga India.

Secara ringkas, tiada halangan untuk individu yang merupakan rakyat Israel tetapi menggunakan pasport negara lain memasuki Malaysia selagi mereka memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan. Pada masa sama, kerajaan menegaskan pendirian Malaysia terhadap Israel kekal tidak berubah dan siasatan berkaitan dakwaan ini masih diteruskan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas