Connect with us

Oh! Media

[Survey] Kenapa Suka ‘Cham’? Apa Istimewa ‘Cham’ Pada Orang Malaysia?

vochelle chamberry

Branded

[Survey] Kenapa Suka ‘Cham’? Apa Istimewa ‘Cham’ Pada Orang Malaysia?

Kalau sebut ‘cham’, apa yang korang fikir? Ma’cham’-ma’cham’? Cham-pur? Kitorang buat sikit survey di Instagram Story OhMedia untuk tanya followers apa yang dorang tahu pasal ‘cham’ ni. 

Kitorang tanya followers, agak-agak dari mana asalnya perkataan ‘cham’ ni. Tagalog ke, Thailand atau Hokkien? Ramai yang sangka ‘cham’ ni dari perkataan Thailand, yelah, macam kena je kan? Patutlah sampai 93 orang jawab Thailand.

Tapi sebenarnya ‘cham’ ni berasal dari dialek Hokkien bermaksud campur atau pun gabung. Ohh, tu ke maksud sebenarnya, mesti korang pun baru tahu kan?

cham survey

Orang Malaysia juga sebenarnya ‘cham’

Biasanya cakap pasal ‘cham’, teringat ‘cham’ ais di kopitiam la kan? Kopi campur teh, rasa dia kaww, sedap betul minum bila-bila masa je. Pekat, seimbang rasa kopi dan teh susu, siapa je boleh tolak?

Sedar tak sedar, rakyat Malaysia pun sebenarnya ‘cham’. Ada Melayu, ada Cina, ada India dan bermacam lagi suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Tapi apa sebenarnya ‘cham’ untuk rakyat Malaysia?

vochelle gandingan serasi
vochelle coklat

Macam-macam betul jawapan dari netizen ni. Ada je idea dorang ni kan? Jawapan-jawapan ni pun dah tunjukkan ‘cham’ sebenar. Ada yang bagi pickup line, ada bagi ‘pun’, ada jugak kaitan dengan chum bucket dalam SpongeBob! Kreatif betullah. Terhibur baca respon masing-masing.

‘Cham’ versi Malaysia

Orang kita memang kreatif, macam-macam makanan digabungkan jadi satu menu enak. Mula-mula dengar macam pelik, tapi bila dah rasa sendiri macam, eh sedap jugak, siapalah agaknya yang reka benda ni dulu.

kombinasi makanan pelik

Dekat atas ni antara respon kombinasi makanan pelik yang digabungkan oleh rakyat Malaysia. Antara yang paling pelik semestinya fries dengan aiskrim. Tapi bila dah cuba, sebenarnya, sedap je kan? 

Cham Berry, Coklat Berperisa Baru Kegemaran Malaysia

chamberry vochelle

Dalam banyak-banyak kombinasi makanan tu, rasa yang macam kontra digabungkan tulah paling wajib try. Sama juga macam Vochelle Cham Berry terbaru ni.

Gabungan strawberi dan kranberi disaluti dengan coklat hitam memang gandingan paling syok. Dalam setiap gigitan, boleh dapat rasa coklat lepas tu bila di tengah ada rasa masam-masam manis buah strawberi dan kranberi, memang layan guys! Satu kotak memang tak cukup, tahu-tahu habis!

Nak makan sambil layan series kegemaran, atau bila craving benda manis, Vochelle Cham Berry kan ada. Bila-bila masa je memang best layan rasa coklat dengan buah beri ni.

Cara baru manjakan diri dengan Vochelle Cham Berry

chamberry

Nak rasa sendiri keenakan ‘cham’puran sempurna coklat hitam dan strawberi serta kranberi Vochelle Cham Berry. Korang boleh dapatkan coklat ni di pasar raya berhampiran atau secara online. Boleh follow Instagram dan Facebook Vochelle untuk info dan promosi terkini sekarang!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas