Connect with us

Oh! Media

Tempat Tarikan Menarik Serta Makanan Autentik, Manila Destinasi Terbaik Untuk Melancong!

Watsons Bercuti Ke Manila

Branded

Tempat Tarikan Menarik Serta Makanan Autentik, Manila Destinasi Terbaik Untuk Melancong!

Bila sebut pasal melancong di Asia Tenggara, confirm korang akan terfikir negara Indonesia dengan Thailand dulu sebab dekat situ ada banyak tempat menarik dan makanan yang sedap betul tak?

Korang tahu tak, sebenarnya ada satu lagi destinasi pelancongan yang korang WAJIB pergi sebab tempat ni lengkap dengan tempat-tempat bersejarah serta makanan autentik diorang sedap-sedap tau!

Tempat yang kami maksudkan adalah di Manila, Filipina. Jom kami kongsi antara tempat yang korang wajib pergi serta makanan yang wajib korang cuba bila melancong ke sana.

Tempat-Tempat Menarik & Instagrammable 

Tipulah kalau korang pergi melancong, korang tak nak tangkap beberapa gambar dekat tempat yang lawa kan?

Haa, dekat Manila, Filipina ni ada beberapa tempat yang menarik serta bangunan tinggalan sejarah yang lawa tau, memang sesuai untuk berootd serta menghayati peninggalan sejarah mereka. 

1. Intramuros

Hentian pertama bila korang tiba di Manila adalah Intramuros. Ia merupakan bahagian bandar tertua yang wujud sejak abad ke-20 tau! 

Dekat sini macam-macam bangunan bersejarah dan tempat yang menarik berdekatan yang ada seperti Bahay Tsinoy, Casa Manila, Fort Santiago, Rizal Park dan banyak lagi! 

Untuk korang yang suka tangkap gambar tu, dekat sini ada banyak tempat-tempat menarik untuk bergambar tau sebab dekat sini kebanyakkan bangunan masih lagi mengekalkan bangunan kolonial Sepanyol. 

2. National Museum of Fine Art

Kalau korang dah meronda di Intramuros, korang wajib pergi ke National Museum of Fine Art yang terletak di sebelah timur Rizal Park.

Apa yang menarik dekat sini adalah ia merupakan muzium lukisan dan patung oleh seniman Filipina yang terkenal pada abad ke-19 dan 20 tau. Bestnya!

Untuk pengetahuan, hasil seni yang terdapat dalam muzium ini adalah hasil daripada gelombang seni di Filipina sebagai kemerdekaan mereka daripada jajahan Sepanyol. 

Haa, kalau korang nak tengok hasil seni yang diiktiraf oleh seniman Filipina, korang wajib datang ke muzium ni okay?

Selain muzium ni, korang juga boleh ke Muzium Ayala untuk menghayati seni etnologi dan arkeologi di Makati.

3. Paco Park

Untuk korang yang suka bersiar-siar di taman, Paco Park adalah perhentian yang wajib korang singgah sebab dekat sini bukan saja seronok untuk berjalan, malah ada juga sejarah tersendiri.

Paco Park yang terletak di lalu José Rizal ni merupakan tempat di mana wira negara pertama kali dikebumikan setelah pelaksanaanya padat tahun 1896. 

Kalau korang nak tahu, pada asalnya taman ini merupakan tanah perkuburan sejak abad ke-19 namun pada tahun 1912, makam-makam di situ telah dibersihkan dan mayat-mayat telah diserahkan kepada keluarga masing-masing. 

Kini, taman itu dihiasi dengan rumpuh menghijau serta pokok-pokok bunga. Kalau korang perluakan udara yang segar, datang je ke sini! Selain Paco Park, korang juga boleh singgah ke Rizal Park yang terletak di Selatan Intramuros. 

Makanan Manila Wajib Cuba!

Tak sah kalau melancong kalau kita tak foodhunting betul tak? Siapa yang suka buat food vlogging tu, haa jom tengok antara makanan halal yang terdapat di Manila, Filipina ni. Confirm terliur!

1. Warung Sa Kapitolyo

Kalau datang ke Manila, korang kena makan dekat Warung Sa Kapitolyo ni sebab ia merupakan tempat makanan halal yang sangat popular di Filipina!

Berkonsepkan makanan halal Indonesia, warung ini menjual pelbagai jenis makanan autentik dan yang menjadi kegemaran pengunjung adalah Nasi Ayam Penyet serta sate daging mereka. 

Paling penting, korang tak perlu risau tentang bajet nak makan sebab mereka menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap makanan mereka. 

2. Gilak By Hossein

Selain Warung Sa Kapitolyo, Gilak By Hossein pun menjadi tumpuan pelancong bila singgah di Manila tau!

Dekat sini terdapat pelbagai jenis makanan halal yang menyelerakan daripada pelbagai benua seperti Arab, Parsi, India, Malaysia, Turki dan banyak lagi!

Lagi best, harga yang ditawarkan berpatutan dengan saiz hidangan yang besar tau! Haa, barulah puas kalau datang jauh-jauh untuk makan besar!

3. Pamanganan Quiapo Restaurant

Kalau korang tiba-tiba rindu nak makan masakan Malaysia, jangan risau, korang datang je ke Pamanganan Quiapo Restaurant!

Menariknya dekat sini, ia menawarkan pelbagai jenis masakan Malaysia dan mereka juga ada makanan pedas tau! 

Antara makanan yang dihidangkan adalah Nasi Beriani, Nasi Goreng, Mee Kari Special dan banyak lagi. Fuhh, memang padulah!

Peluang Memenangi Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Manila!

Menarikan tempat-tempat serta makanan dekat Manila, Filipina ni? Rugi kalau korang tak melancong ke sana tau! 

Haa, kalau korang tertarik nak pergi, kami ada berita gembira untuk korang yang mana dengan kolaborasi bersama Tourism Promotion Board Philipines, Watsons nak hadiahkan trip percutian ke Manila, Filipina untuk 40 pelanggan setia mereka! Wow, bestnya!

Apa yang korang perlu buat adalah hanya ikut langkah di bawah ini:

1. Pastikan korang merupakan ahli Watsons

2. Berbelanja minima RM50 (produk jenama Watsons) di mana-mana cawangan Watsons atau Watsons atas talian

Senang saja kan? Haa, korang tunggu apa lagi, jom serbu Watsons sekarang dan rebut peluang keemasan bercuti ke Manila!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Watsons atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ke Atas