Connect with us

Oh! Media

Rakam Lebih Banyak OOTD Raya Tanpa Perlu Risau Storan Penuh Dengan OPPO A96 Dengan 256GB!

OPPO A96

Branded

Rakam Lebih Banyak OOTD Raya Tanpa Perlu Risau Storan Penuh Dengan OPPO A96 Dengan 256GB!

Sambutan raya tahun ni mesti meriah sebab setelah sekian lama kita berjauhan dengan ahli keluarga, kini kita diberi kelonggaran untuk pulang ke kampung halaman. 

Semestinya, bila tiba hari raya nanti, kita akan rakam lebih banyak gambar sebagai kenangan, maklumlah dah dua tahun tak dapat berjumpa, mesti kita nak simpan momen-momen indah betul tak? 

Tapi, antara perkara yang membimbangkan adalah storan telefon menjadi penuh dan tak dapat nak simpan lebih banyak gambar dan video. Tak perlu risau lagi sebab kami akan share kelebihan menggunakan peranti OPPO A96.

Kepuasan Maksimum Dengan Storan Berganda

Siapa yang risau tentang storan penuh tadi? Haa, dengan OPPO A96, korang dah tak perlu risau nak simpan macam-macam jenis gambar atau video sebab ia lengkap dengan RAM sebesar 8GB serta 256GB memori tau.

Bukan setakat tu, peranti ni juga menyokong kad SD sehingga 1 TB ya. Bermakna, kapasiti simpanan korang akan jadi lebih besar. Haa, baru lah syok nak simpan lebih banyak kenangan!

Selain itu, OPPO A96 ini juga hadir dengan pengembangan RAM sehingga 5GB, yang mana sistem ni mampu untuk meminimalkan penggunaan aplikasi serta memberikan lebih banyak ruang untuk storan dalaman. 

Dengan penambahan RAM ini, korang juga boleh melakukan ‘multi-tasking’ serta menggunakan pelbagai aplikasi dengan lebih lancar. 

Untuk pengetahuan, dengan kelebaran skrin seluas 6.59” FHD serta resolusi 1080×2412 pixel, korang dapat gandakan kenikmatan apabila menonton drama atau bermain video game tau. Bestnya!

Paling penting, ia mempunyai kadar segar semula sebanyak 90Hz serta kadar sentuhan yang diperhalusi pada 180Hz. 

Pengecasan Pantas & Jangka Hayat Bateri Yang Lama

Kalau dah selalu pakai telefon untuk tangkap gambar, mesti korang takut bateri cepat habis dan perlukan masa yang sangat lama untuk cas sehingga penuh. 

Dengan OPPO A96, korang tak perlu risau lagi sebab ia hadir dengan pengecasan pantas yang mana dengan hanya mengecas selama 5 minit saja membolehkan korang untuk buat panggilan telefon untuk 3 jam 38 minit tau. Wow, boleh bertahan lama!

Ia juga hanya memerlukan 30 minit saja untuk mengecas sehingga 55%. Haa, lepas ni korang dah tak perlu tunggu dekat bucu katil lama-lama semata untuk dapatkan dapatkan jangka hayat bateri yang lama. 

Selain itu, untuk korang yang mementingkan nilai ketahanan reka bentuk, OPPO A96 ini tak dinafikan adalah yang terbaik sebab ia direka khas dengan anti-calar, anti-cap jari, kalis air dan habuk. 

Peranti ini juga mempunyai reka bentuk OPPO Glow yang mana proses pembuatanya berevolusi menggunakan teknik pemotongan berlian Reno Glow. Hasilnya, peranti kelihatan lebih menarik perhatian serta mempunyai sentuhan yang smooth

Lagi menarik, peranti ini didatangkan khas dengan dua jenis warna iaitu Pearl Pink dan Starry Black. Cantiknya, confirm ramai teruja nak tengok warna-warna ini!

Ia juga telah melalui banyak ujian kualiti ketahanan untuk memastikan korang dapat menggunakan peranti ni tanpa sebarang masalah. Haa, siapa yang selalu cuai tu, korang tak perlu risau lagi dah kalau tercampak atau terjatuhkan telefon. 

Hasil Gambar & Video Yang Estetik

Tak lengkaplah sambutan hari raya kalau tak ada sesi bergambar dan swafoto dengan orang tersayang betul tak? 

OPPO A96 ni lengkap dengan dengan kamera utama berukuran 50MP, 2MP kamera bokeh dan 16MP untuk kamera swafoto tau. Wow!

Menyokong sehingga 20 tangkapan berturut-turut, dan 5x zoom digital, tak dinafikan OPPO A96 adalah pilihan yang sangat tepat untuk korang flex OOTD raya di media sosial. 

Selain itu, korang juga boleh tangkap banyak swafoto dengan lebih yakin sebab peranti ni mempunyai sokongan IMX471 yang gambar boleh diperoleh hingga 4624 x 34688 (nisbah 4:3) tau. Haa, dah tangkap banyak swafoto tu, jangan lupa post dekat Instagram Story pula!

Gandakan Keriangan Raya Dengan Tawaran OPPO

Haa, banyakkan ciri menarik yang ada pada OPPO A96 ni? Korang boleh dapatkan peranti ni dengan harga mampu milik tau, bermula daripada RM1,299 saja. Jadi, cepat dapatkan sekarang di jualan pertama OPPO A96!

Nak tahu apa yang lagi menarik tak? Mestilah tawaran hebat daripada OPPO! Ada macam-macam jenis tawaran yang korang boleh nikmati tau. 

Antaranya korang berpeluang untuk menangi ganjaran bernilai RM498 serta banyak lagi hadiah di Roadshow OPPO A96 seperti kotak hadiah percuma (powerbank dan payung) bernilai RM99, dan ganjaran bernilai RM399 secara eksklusif untuk ahli My OPPO.

Untuk pelanggan awal yang membeli OPPO A96 di lokasi terpilih akan diberi ganjaran Enco Air2 bernilai RM249 PERCUMA. Wow! Jom ketahui lokasi roadshow seperti berikut:

  • Plaza Lowyat, Kuala Lumpur (18 hingga 24 April 2022)
  • Sutera Mall, Johor Bahru (18 hingga 24 April 2022)
  • Boulevard Shopping Mall, Kuching, Sarawak (22 hingga 24 April 2022)
  • Wisma Saberkas, Kuching Sarawak (22 hingga 24 April 2022)
  • Setia City Mall, Shah Alam, Selangor (8 April hingga 15 Mei 2022)
  • AEON Mall Bukit Tinggi, Klang (2 hingga 8 Mei 2022)

kalau korang beli semasa jualan pertama melalui kedai jenama OPPO, korang dapat nikmati hadiah seperti kotak hadiah percuma yang mengandungi power bank dan payung bernilai RM99 dan sampul hari raya edisi terhad tau.

Korang juga akan dapat tawaran PWP sama ada dengan pilihan OPPO Watch Free, OPPO band atau Enco Air2 pada diskaun 50% serta baucar daripada Touch ‘n Go atau KFC. Menarik!

Kalau korang beli semasa jualan pertama menerusi platform e-dagang, korang akan nikmati tawaran yang sama seperti penempahan di kedai OPPO, cuma korang akan dapat reload pin bernilai RM5 untuk Touch ‘n Go(tertakluk pada terma dan syarat).

Eksklusif untuk ahli My OPPO, korang akan menerima ganjaran tambahan bernilai sehingga RM399 daripada KFC, Tealive, Sharp, Logitech, dan banyak lagi. Semua tawaran hebat ini boleh ditebus melalui aplikasi My OPPO saja tau. 

Untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri, OPPO mengadakan lawatan yang bertemakan “Double Your Raya Joy Mobile Truck Roving” yang mempamerkan OPPO A96 dan model inovatif lain melalui zon pengalaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai tentang terma penjualan pertama serta roadshow, layari laman web rasmi OPPO serta ketahui antara ciri lain yang terdapat pada OPPO A96 dengan klik DI SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas