Connect with us

Oh! Media

Kami Cuba Telefon Baru OPPO Di Skyline Luge, Apa Yang Jadi Memang Next Level

Branded

Kami Cuba Telefon Baru OPPO Di Skyline Luge, Apa Yang Jadi Memang Next Level

OPPO baru-baru ini melancarkan model terbaru mereka Siri Reno15 5G. Acara ini berlangsung di Skyline Luge Kuala Lumpur. 

Bukan sekadar acara pelancaran biasa, kali ini jemputan berpeluang mencuba tarikan di sana antaranya Hyfly sambil meneroka pelbagai fungsi Siri Reno15 5G ini. 

Memang next level, fun dan paling penting boleh cuba dan alami sendiri setiap feature yang terbina pada model ini.

Kebiasaannya pelancaran model baru berlangsung di hotel dengan persekitaran serba sempurna tapi tidak untuk kali ini.

Kamera Utama Ultra Jelas 200MP & Kamera Swafoto Ultra Lebar 50MP

Sebelum ke tarikan utama, debaran kian terasa apabila pertama kali menaiki Skyride cable car. Sempat juga merakam foto selfie bersama rakan media yang lain.

Kamera Utama Ultra Jelas 200MP memberikan perincian jelas luar biasa suasana persekitaran dari bird-eye view memukau seluruh bandar Gamuda. Kalau nak edit pun tak ada masalah, kualiti kekal tidak terjejas.

Selain itu, siri ini juga mempunya Kamera Swafoto Ultra Lebar 50MP (0.6x angle) dengan sudut pandang 100°, boleh muat semua orang dan kawasan sekitar. Tak perlu lagi selfie stick yang leceh dan menyusahkan terutama ketika travel.

Tiba saatnya, OPPO bawa kami untuk mencuba aktiviti ekstrim, sambil ‘terbang’ di udara dengan Hyfly di Skyline Luge.

4K HDR Ultra-Steady

Naik Hyfly? Sambil rakam video? Tak gegar ke? Mestilah tidak! Terima kasih kepada ciri 4K HDR Ultra-Steady yang pastikan video reaksi dirakam jelas dan terang ketika di udara.

Biasalah, kalau mencuba aktiviti sebegini untuk pertama kali, perasaan gementar memang tak boleh dielakkan, pastinya kami yang memegang smartphone pun akan bergegar, tapi hasilnya jelas dan terperinci, seperti korang boleh lihat dalam video.

Kolaj lebih hidup dengan AI Motion Photo Popout

Bila dah selfie, tak lengkap tanpa manfaatkan AI Motion Photo Popout. Ciri ini menjadikan kolaj lebih interaktif dan kelihatan lebih ‘real’ dan hidup.

Hasilnya visualnya tercipta dari kenangan indah terpahat dalam pelbagai konteks. Apatah lagi untuk memori yang sekali seumur hidup seperti menaiki zipline sambil rakam video! 

Dengan ciri ini, anda tak perlu lagi muat turun aplikasi lain. Boleh buat efek popout terus ke dalam telefon serta gabungkan 2 hingga 9 motion photos menggunakan template tersedia.

Harga bermula RM1,499

OPPO Reno15 Pro 5G (12GB + 512GB) ditawarkan pada harga RM2,999. Sementara itu, OPPO Reno15 F 5G ditawarkan bermula harga RM1,499.

Dapatkan maklumat lanjut setiap model dalam siri ini di sini:

OPPO Reno15 Pro : https://tinyurl.com/Reno15Pro  

OPPO Reno15 : https://tinyurl.com/Reno15-info   

OPPO Reno15 F : https://tinyurl.com/Reno15F 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas