Connect with us

Oh! Media

Petsmore Flagship Store Wangsa Maju: Port Baru Pawrent. Lebih Pilihan, Lebih Lumayan!

Ohmedia petsmore 3

Branded

Petsmore Flagship Store Wangsa Maju: Port Baru Pawrent. Lebih Pilihan, Lebih Lumayan!

Korang yang ada si bulus, si comel berbulu atau si manja kat rumah, ni confirm berita yang buat hati berbunga. Petsmore dah rasmi buka flagship store pertama di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju dan kedai ni memang lain daripada biasa.

Kalau sebelum ni pawrent kena pergi banyak tempat untuk cari makanan, vitamin, mainan atau aksesori, sekarang semua benda boleh dapat dalam satu bumbung je. 

Pelbagai pilihan makanan dan treat.

Pelbagai pilihan makanan dan treat.

Produk penjagaan untuk haiwan.

Lagi syok, kat sini ada bermacam produk lokal dan antarabangsa yang memang terkenal dengan kualiti dari jenama makanan premium, treats, produk penjagaan bulu, sampai ke toys interactive yang buat bulus tak boring duduk rumah.

Dan yang paling penting, harga lebih berpatutan. Jadi pawrent tak payah pening kepala nak kompromi antara kualiti dengan bajet. Memang sesuai untuk korang yang nak bagi yang terbaik untuk si manja tanpa rasa terbeban.

Senang Parking, Terus Bawa Si Manja Masuk Kedai

Ad 4nxecnbr9tqsipi3v3inteyjaod6p ehlt1sofcqd0lilnzzxdz6c vvlrijxhnjedpeqp2kov5  zpacfbdwhvqkkocdd scprl9e5u76hj5tm1wqsi3si51m42a1  ab3u0hqyc

Ruang masuk ke Petsmore, AEON Alpha Angle Wangsa Maju

Lokasi flagship store ni memang pawrent-friendly sebab terletak di area parkir terbuka AEON Alpha Angle. Senang cari parking dan korang boleh terus bawa bulus masuk kedai tanpa perlu jalan jauh. 

Ruang dalam kedai pun luas dan moden dengan vibe mesra pelanggan, jadi pengalaman shopping jadi lebih selesa untuk korang dan haiwan peliharaan.

Grooming Eksklusif Dengan Standard Tinggi

Ad 4nxf1pmlt9z8iombebklepmywzivn4xgeb5si22 shsid9rk6bczlh4gwa9fyawtekg6sqze nbrdu2co8wz2qx1a5kz6ukc2nmyolylfj 6 a5zzwr2fhf39bgly5klrd81lpsj6jw

Tempat daftar masuk (check-in) yang terpisah untuk anjing & kucing

Satu lagi tarikan utama flagship store ni ialah servis grooming yang serba lengkap. Petsmore siap sediakan bilik berasingan khas untuk kucing dan anjing. Ini penting sebab haiwan tak mudah stress bila ada ruang sendiri. 

Tempat grooming dengan cermin terbuka

Pawrent pun rasa lebih tenang sebab tahu si bulus atau si manja dijaga oleh groomer bertauliah yang berpengalaman handle pelbagai baka dan saiz.

Grooming kat sini bukan sekadar mandi dan trim ia pengalaman spa untuk haiwan kesayangan. Dari mandi dengan produk mesra kulit, gunting bulu ikut gaya, sampai potong kuku pun ada. Memang eksklusif dan lain daripada grooming biasa.

Lebih Dari Sekadar Kedai Haiwan

Ad 4nxetpnggancqgjrq 769eemjybyrzavlw7wrew4ww1rizltgnzkawdvhevfhnkef5hav5am0wqxdqyoyyk8 16dkwjclouzng dfbw4hmo04g9zphzj3yoy9svhpzcp3r0gvrotz9w

CEO Petsmore, Lim Yau Hui 

CEO Petsmore, Lim Yau Hui, menjelaskan bahawa pembukaan flagship store ni adalah sebahagian daripada perjalanan baru Petsmore dalam mendekati komuniti pencinta haiwan di Malaysia.

“Sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula Petsmore, kami komited membawa lebih banyak kegembiraan untuk haiwan peliharaan dan keluarga mereka. 

Flagship store ini hanya permulaan kami akan terus bawa lebih banyak produk menarik dan buka cawangan baru di lokasi lain. Dan yang paling penting, kami telah hentikan sepenuhnya penjualan haiwan untuk keuntungan, sebaliknya kami aktif mempromosikan prinsip ‘Adopt, Don’t Shop’ melalui kerjasama jangka panjang dengan shelter tempatan.”

Dengan langkah ini, Petsmore bukan sekadar kedai untuk si bulus tapi platform yang menyokong industri lebih bertanggungjawab, menekankan kualiti, kepercayaan, dan nilai kasih sayang antara pawrent dan haiwan.

Tempat Berkumpul Komuniti Pawrent

Ad 4nxfjesiuq3yu8yuoqqzuh0hyercv7gstmoixu2qk 217fz  mjue8x zp0uokfkceyo07md0sklz7ow6lj2iibale0x3oo4yatyhuu 8mpktse suvyiictiedycu1pqg1qpw999bq

Mural rekaan & dilukis artis dari Sabah, Rajimn (Instagram: @raja_sianakgajah)

Flagship store Wangsa Maju ni pasti bakal jadi port baru untuk komuniti pencinta haiwan. Selain shopping, pawrent boleh datang bawa si manja jalan-jalan, jumpa pawrent lain, dan sertai aktiviti komuniti. 

Petsmore bekerjasama dengan Lingy Pet Adoption untuk adoption drive.

Ad 4nxfupt dqffivtgleyzllotioypyb2cr52aaef2hdik4 bga4iz5378tcbu bpfvatno9g7 dvrzip cnzrrhof8j34qxc1tqp42ln666hknceruikxzrqmomqtugf3d02sgbjr ja

Kucing yang diadopsi bersama pemilik baru.

Pada perasmian yang lalu Petsmore turut menganjurkan adoption drive (dengan kerjasama Lingy Pet Adoption), cabutan bertuah, dan booth interaktif untuk pengunjung.

Ad 4nxcfwpmhwpdlvsnn96xlxttmde7ne8rf8pqjbcic8wen zjiyuxjgdt4juzqn2xjl9qnj238vulr15ramw i8w1xjooo pbk6q9cvlfllqiq rznjzsncvaw8ythjbfwyxktzxqu8a

Antara aktiviti menarik yang diadakan semasa pembukaan flagship pertama Petsmore, minggu lalu.

Boleh kata, Petsmore ni dah jadi lebih daripada sekadar shopping ia tempat untuk celebrate kasih sayang terhadap si bulus kesayangan.

Lebih Pilihan, Lebih Lumayan

Ad 4nxdaugwurfs6wpo0mxtqqiz8aascezzklwbcvujsjhmodrf6d5gl1dd2rawn6smoelk8tgj oq9ck8u0o  fkimzd4rr2uusuu2l7nemkcywswldrt3v0ksqr4ea19vuwvjoj5d5

Terdapat ruang khas untuk adoption terus dari cawangan Petsmore.

Ad 4nxdobayrtxl97qrsmk0dcyng1kvhl7kpf1 9pzhdv4qjd9kglex78you6 upywt88ahxsuigw2hzlngnplf5ubrl4ktq 4n3lf dgtsd8 chrfofnb7zikfd3dcdloav9ehlwfwnva

Mainan comel untuk si bulus

Dengan pilihan produk yang lebih luas, harga yang berpatutan, servis grooming yang eksklusif dan misi besar untuk sokong adoption, flagship store Petsmore Wangsa Maju jelas bawa satu standard baru dalam industri pet care Malaysia.

So pawrent kat Wangsa Maju atau sekitar, memang wajib singgah sendiri. Confirm si bulus happy dan korang sebagai pawrent pun puas hati.

Maklumat lanjut, ikuti Petsmore di Facebook dan Instagram atau KLIK SINI.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas