Oh! Tidak
“Dia Dari Jabatan Peguam Negara” – SPRM Cadang Timbalan Pendakwa Raya Ditahan Kes Dadah Direhatkan
Timbalan Pendakwa Raya ditahan kes dadah, SPRM cadang pegawai direhatkan sementara.
Baru-baru ini, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang baru melapor diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis disyaki terlibat dengan dadah.
BACA: Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ditahan Polis Kes Dadah
Terbaru, Kosmo! melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki akan mengambil tindakan segera dengan berbincang bersama Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar mengenai perkara itu.
SPRM cadang suspek direhatkan buat sementara waktu

Buat masa ini, SPRM menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan akan mencadangkan pegawai itu direhatkan daripada tugas buat sementara waktu.
Ini satu perkara yang tidak dijangka dan kes ini sedang disiasat oleh pihak polis, saya juga ada berhubung dengan Peguam Negara kerana dia (suspek) dari Jabatan Peguam Negara.
Sekiranya disabitkan kesalahan, polis boleh mendakwa suspek di mahkamah dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya.
Mengenai tapisan kesihatan termasuk ujian saringan dadah pula, Azam menjelaskan bahawa pegawai tersebut sudah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebelum ini dan sudah tentu melalui pelbagai jenis tapisan.
Pssttt! Situasi ini memang mengejutkan kerana ia melibatkan individu dari jabatan yang sepatutnya menegakkan undang-undang. Harap siasatan dijalankan dengan telus agar kepercayaan rakyat tidak terus terhakis.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM