Oh! Artis
“Tak Seksi Pun” – Sophia Albarakbah Jawab Isu Babak Dalam Tab Mandi
Sophia Albarakbah jawab isu babak tab mandi dalam filem Tembuni Berdarah.
Pada
Sophia Albarakbah jawab isu babak tab mandi dalam filem Tembuni Berdarah.
Oleh
Pelakon cantik, Sophia Albarakbah tampil menjawab kecaman netizen mengenai babaknya berendam dalam tab mandi menerusi filem seram terbaharu, Tembuni Berdarah.
Menurut laporan Harian Metro, Sophia berkata adegan itu penting untuk jalan cerita wataknya sebagai Dr Izara dan langsung tidak keterlaluan.
Saya pakai baju masa jayakan babak dalam bathtub itu. Ia tak sepatutnya jadi isu pun sebab ia memang bersesuaian dengan jalan cerita.

Sophia turut menegaskan babak itu bukanlah sesuatu yang wajar diperbesarkan kerana dia sendiri memastikan batas masih dijaga.
Saya tak rasa orang perlu persoalkan sebab ia tak seksi pun. Dalam tab mandi itu saya pakai baju, cuma ditutupi dengan buih saja.

Aktres berusia 32 tahun ini juga berkata, dia tidak akan sesekali menerima tawaran lakonan yang memerlukan adegan melampau atau tidak sesuai untuk tontonan rakyat Malaysia.
Sudah tentu kalau ada babak yang keterlaluan seperti tak selamat untuk tontonan, saya tak akan terima.
Sophia berharap orang ramai lebih memberi perhatian kepada elemen seram seperti darah dan kemunculan hantu dalam babak tersebut, berbanding mempertikaikan soal tab mandi.
Pssttt! Dalam dunia hiburan, penonton perlu bijak menilai karya seni. Fokuslah pada jalan cerita, bukan mencari sensasi pada babak yang sebenarnya tidak keterlaluan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Zarif Ghazzi nafi dakwaan salah laku di set penggambaran, buat laporan polis dan lantik peguam. Pengurusan...
Uji Rashid nafi minta sumbangan untuk tahlil arwah Cico Harahap. Ada pihak guna namanya di TikTok...
Awal Ashaari tak galakkan Lara dan Lyla jadi artis kerana kerjaya seni tidak menjamin pendapatan. Selebriti...
Syifa Melvin mohon maaf kepada bekas suami Syida Melvin, akui terlalu emosi sehingga buat siaran langsung...
Inara Rusli letak syarat bayaran Rp1 bilion (RM270,000) kepada pihak yang mencabarnya tunjuk bukti nikah dengan...