Connect with us

Oh! Media

Pemain Muda Kelahiran Denmark, Filip Andersen Sah Tembok Pertahanan Baharu Skuad Jang!

Filip Andersen

Oh! Arena

Pemain Muda Kelahiran Denmark, Filip Andersen Sah Tembok Pertahanan Baharu Skuad Jang!

Negeri Sembilan FC raih tenaga baharu dari Eropah!

Negeri Sembilan FC (NSFC) secara rasmi telah mengumumkan kemasukan pemain pertahanan skuad kebangsaan Mongolia kelahiran Denmark, Filip Chinzorig Andersen dengan kontrak jangka panjang.

Pemain berusia 22 tahun itu, merupakan bakat muda yang dikenali dengan gaya permainan sebagai seorang ball-playing defender. Kehadirannya dijangka memberi nafas baharu serta memperkukuh benteng pertahanan pasukan dalam menghadapi saingan liga musim ini.

Andersen bukti kesungguhan NSFC dalam projek pasukan jangka panjang

541909724 18081145142500767 2873879507077211369 n

Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus menyifatkan kehadiran Filip sebagai cerminan hala tuju kelab dalam membina skuad yang kompetitif dan mampan untuk jangka masa panjang. Kemasukan Filip ke dalam pasukan adalah manifestasi polisi perpindahan NSFC katanya.

IKLAN

Beliau masih muda, dan akan memainkan peranan yang penting dalam skuad Jang pada masa akan datang. Kita ingin membina kelab secara jangka masa panjang.

Andersen bukanlah nama asing dalam arena bola sepak remaja Eropah, beliau pernah menyarung jersi skuad remaja Denmark B-16 dan B-19. Dengan pengalaman tersebut, ditambah pula semangat juang yang tinggi, beliau diyakini mampu menyesuaikan diri dalam suasana bola sepak tempatan yang penuh cabaran. Sebelum ke tanah beradat, Andersen beraksi bersama Loyola FC di Liga Filipina.

Kredit foto NSFC

Bagi penyokong setia ‘Hobin Jang Hobin’, kehadiran Andersen dilihat sebagai suntikan tenaga baharu yang bakal menjadikan benteng pertahanan NSFC lebih kental dan tersusun. Selain ketegasan ketika bertahan, kebolehannya menguasai bola turut memberi kelebihan tambahan dalam membentuk serangan daripada bawah.

Dengan visi jelas serta kesungguhan pemain muda ini, NSFC optimis Filip Andersen akan menjadi salah satu tonggak masa depan pasukan.

Pssttt! Semoga dengan kehadiran Andersen NSFC dapat mengekalkan momentum yang cemerlang musim ini.

Kredit: NSFC
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas