Connect with us

Oh! Media

Tular Video Cium Dan Raba Isteri Masa Live, Pasangan Tawar RM50k Cari Individu Sebar

Ohmedia rm50

Oh! Tidak

Tular Video Cium Dan Raba Isteri Masa Live, Pasangan Tawar RM50k Cari Individu Sebar

Peniaga tawar RM50,000 cari individu screen record dan sebar video.

Pasangan yang sebelum ini tular gara-gara video didakwa berkelakuan tidak senonoh kini kembali mencuri perhatian netizen.

BACA: “Mak Bapak Siapa Ni?” – Peniaga Selamba Cium, Raba Isteri Masa ‘Live’ TikTok

Mereka didakwa menawarkan ganjaran lumayan sebanyak RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya membawa individu yang merakam serta menyebarkan video berkenaan.

IKLAN
Peniaga Viral

Dalam siaran langsung di media sosial, wanita tersebut dilihat berdiri sambil menunjukkan papan tanda bertulis hadiah wang tunai besar itu.

Isu ini juga dikatakan telah dibawa ke pengetahuan pihak polis dan bukan lagi sekadar bahan bualan netizen.

Tuduh netizen sengaja burukkan keadaan

Peniaga

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang netizen mendakwa pasangan ini mempertahankan diri menyatakan video yang tular hanyalah potongan tiga minit terakhir daripada sesi live berdurasi dua jam.

Dakwa pasangan peniaga itu, video sengaja diputarbelit oleh pihak tertentu yang mahu menjatuhkan mereka.

Tindakan mereka yang dilihat seperti menyalahkan netizen kembali mengundang kecaman. Ramai berpendapat sikap ‘menyerang balik’ ini tidak membantu, malah menambahkan lagi kebencian masyarakat.

Pssttt! Fuh ganjaran RM50,000 tu! Apa-apa pun lebih baik jika saling bermaafan dan menjadikan isu ini sebagai pengajaran.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas