Oh! Geekz
Tidak Perlu Ke Balai, Laporan Polis Kemalangan Kecil Kini Boleh Dibuat Secara Online
Usaha PDRM yang wajar dipuji kerana berjaya beradaptasi dengan era digital.
Kalau sebelum ini kita perlu ke balai polis secara fizikal untuk membuat laporan walaupun hanya terlibat dalam kemalangan kecil. Kini orang awam boleh melakukannya dengan cara yang lebih mudah.
Sejak 1 September 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan projek rintis laporan polis elektronik khas untuk kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Sangat cepat, mesra pengguna dan telus

Dengan sistem baharu ini, pemilik kenderaan persendirian yang terbabit dalam kemalangan kecil tanpa kecederaan atau kerosakan pada harta awam boleh terus membuat laporan secara dalam talian melalui platform e-reporting PDRM.
Inisiatif ini adalah hasil kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan Bank Negara Malaysia (BNM). Projek ini telah mengambil masa hampir tiga tahun untuk dibangunkan sebelum dilaksanakan.
Projek ini merupakan inisiatif inovatif berteraskan digitalisasi yang menggabungkan kepakaran kepolisan serta kawal selia kewangan negara terutamanya dari aspek tuntutan insuran bagi memperkukuhkan sistem pelaporan polis secara lebih cepat, efisien dan berintegriti.
Transformasi digital untuk rakyat

PDRM percaya pendekatan senegara atau ‘whole of nation approach’ ini dapat menyediakan pilihan lebih mudah untuk orang awam melaporkan kes kemalangan kecil. Ia juga selari dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan transformasi digital dalam perkhidmatan awam.
Bagi melonjakkan lagi keberkesanan pelaksanaan projek ini, PDRM telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Inisiatif ini turut mendapat dukungan industri insurans dan takaful melalui penyertaan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA).
Pssttt! projek rintis e-reporting PDRM ini memang bagus dan sangat memudahkan, tapi jangan lupa untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya kerana pencegahan lebih baik daripada menghadapinya.
Kredit: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM