Connect with us

Oh! Media

Rafizi Belum Putuskan Nasib 19 Ekor Kucing Ketika Balik Kampung Raya

Oh! Negara

Rafizi Belum Putuskan Nasib 19 Ekor Kucing Ketika Balik Kampung Raya

Bila Aidilfitri semakin hampir, semua orang mula membuat persiapan, termasuk Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Tapi berbeza sikit bagi Rafizi sebab dia bukan sekadar fikir nak balik kampung, dia juga pening kepala nak uruskan 19 ‘anak bulus’ kesayangannya!

IKLAN

Menerusi satu hantaran santai di Facebook, Rafizi mengaku belum buat keputusan tentang penjagaan 19 ekor kucingnya sempena balik kampung nanti.

Tahun lalu katanya, rumah ‘hancur lebur’ bila tinggalkan mereka tanpa pengawasan. Kali ini mungkin mereka kena check-in ke hotel haiwan.

Tahun lepas kucing pecah masuk rumah sendiri?

rafizi ramli

Menurut Rafizi, kejadian rumahnya ‘dipecah masuk’ oleh kucing-kucing sendiri berlaku sewaktu dia bercuti Hari Raya tahun lepas. Semua ‘suspek’ dipercayai bertindak begitu sebab tak puas hati ditinggalkan lama.

Tahun lepas, bila saya balik daripada kampung, hancur lebur rumah saya bila tinggalkan mereka di rumah.- Kongsinya.

Dalam masa sama, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat Malaysia, termasuk mereka yang berada di perantauan.

Setahun lepas ada banyak perkara telah diusahakan yang mengambil banyak masa kakitangan kementerian daripada keluarga masing-masing. Saya janji tahun ini tak akan kacau masa raya.- Katanya lagi.

Rafizi juga sempat berseloroh dengan menyatakan beliau tidak akan ‘kacau’ kakitangan kementeriannya semasa cuti raya kali ini.

Tambahnya lagi, Raya dalam keluarganya lebih bermakna dengan renungan mata dan salam penuh makna, bukan sekadar ucapan.

Beliau juga mengingatkan semua agar meraikan raya dengan penuh kesederhanaan, terutamanya bersama ibu bapa yang semakin berusia.

Menariknya, Rafizi dilahirkan pada pagi 1 Syawal, jadi setiap tahun raya juga merupakan ulang tahunnya.

Dan seperti biasa, senarai panjang kucing kesayangannya turut tersenarai dalam ucapannya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari Rafizi; Fisha; Ben; Bella; Max; Luna; Toby; Luca; Muffin; Brownie; Blondie; Marble; Biscuit; Oreo; Honey; Latte; Ginger; Truffle; Rocky dan Toffee. Dua lagi kena ingat balik sebab sudah lupa sibuk-sibuk ni.- Katanya berseloroh.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas