Branded
Patutlah Cun, Ini Rupanya Rahsia Disebalik Solekan DOLLA Yang Cantik Macam Artis Kpop!
Oleh
“Eah Dolla duta produk C.Code, kena cuba ni”
Baru saja mencipta kejutan merangkul gelaran Artis Baharu Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34) yang lalu, Dolla bersama C.CODE Cosmetics, jenama kosmetik eksklusif Watsons telah melancarkan Powermatte Liquid Foundation dan Ultra HD Matte Lipsticks yang serba baharu.
Kumpulan yang terdiri daripada 4 orang gadis cantik dan berbakat Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angel, mula menjadi mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan kerana bakat nyanyian dan tarian mereka yang mengagumkan. Boleh kata macam girl group kpop la, sesuai sangat jadi wajah C.Code!
10 pilihan tona foundation untuk cantik macam Dolla
Kalau korang nak tau, C.CODE ni menawarkan rangkaian produk kecantikan dan penjagaan wajah yang sangat sesuai dengan tona wajah masyarakat Asia.
Pilihan warna yang ditawarkan untuk produk seperti foundation, lip matte, lip creme, blusher dan eyeshadow pula pasti buat korang jatuh cinta. Sebab warnanya memang cun dan up to date. Setanding jenama terkemuka tapi pada harga mampu milik.
Bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna C.CODE telah memperkenalkan bedak asas terbaru, Powermatte Liquid Foundation yang mempunyai 10 tona warna yang terdiri daripada ton sejuk, neutral dan hangat. Memang senanglah nak cari warna yang masuk dengan kulit kan?
Tapi bukan itu saja tau, apa yang best dengan Powermatte Liquid Foundation ni, ia mempunyai perlindungan UV yang membantu melindungi kulit korang daripada sinaran UV yang berbahaya.
Dengan kuasa lembapan sehingga 24 jam korang dapat merasai kulit wajah korang kekal flawless, bebas minyak dan coverage masih on point walaupun penggunaan yang panjang. Malah, solekan korang mampu bertahan sehingga 10 jam tau. Bestnya!
Powermatte Liquid Foundation ni juga bebas paraben, minyak mineral dan pewangi serta ia mengandungi 50 juta sel tumbuhan lili biru Mesir aktif, yang terkenal dengan kesan anti-penuaan dan bebas kedutan.
Teksturnya yang berkrim pula memudahkan korang untuk apply pada wajah serta menjadikan kulit kelihatan matte tanpa cela dan mengeringkan kulit muka.
Dirumus khusus untuk kemasan matte sambil membekalkan kelembapan sehingga 24 jam dengan kompleks pelembap 24/7, Powermatte Liquid Foundation memastikan kulit terhidrat dan dipelihara untuk wajah yang segar dan sihat.
Kalau korang berminat dengan C.CODE Powermatte Liquid Foundation, ia dijual pada harga RM39.90 secara eksklusif di Watsons.
Bibir lebih mungil dengan C.CODE Ultra HD Matte Lipstick
Selain foundation, C.CODE turut menawarkan Ultra HD Matte Lipstick terbaru. Tidak sekadar gincu klasik merah yang biasa, dengan rasa yang ringan pada bibir, kuasa pigmennya membuatkan gincu ini mampu bertahan lebih lama hanya dengan satu sapuan.
Hadir dengan 6 tona merah yang berbeza dengan tekstur yang mewah dan creamy, bibir korang pastinya kelihatan lebih mungil dan menarik perhatian orang di sekeliling.
Dijual pada harga RM25.90, dapatkan kesemua warna untuk melengkapi gaya korang!
Promosi Untuk Masa Terhad! C.Code: Making You, You
Korang tak teringin ke nak nampak cantik bila menggayakan make up macam kumpulan Dolla ni? Kalau nak, segera dapatkan C.CODE Powermatte Liquid Foundation dan C.CODE Ultra HD Matte Lipstick secara eksklusif hanya di Watsons.
Untuk masa yang terhad juga nikmati penjimatan bila korang beli kedua-dua produk ni. Bestnya!
- C.CODE Powermatte Liquid Foundation: RM29.90 (Harga sebenar: RM39.90)
- C.CODE Ultra HD Matte Lipstick: RM22.02 (Harga sebenar: RM25.90)
Kalau nak lebih up to date dengan promosi dan produk-produk terbaru C.CODE Cosmetics, korang boleh ikuti C.CODE di Facebook dan Instagram.
Untuk pembelian produk C.CODE secara atas talian, korang boleh download aplikasi Watsons atau klik di SINI.
Jadi tunggu apa lagi? Jom miliki rangkaian produk C.CODE Cosmetics hari ini.
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.