Connect with us

Oh! Media

Nak Hantar Parcel Ke Luar Negara? Teleport Pink Tawar Harga Serendah RM40 Je! Sampai Esok Pula Tu!

Branded

Nak Hantar Parcel Ke Luar Negara? Teleport Pink Tawar Harga Serendah RM40 Je! Sampai Esok Pula Tu!

Bila nak hantar barang ke luar negara atau mungkin nak beli barang melalui personal shopper dari luar negara, rata-rata daripada kita selalu akan fikir 2-3 kali. Mana tidaknya, dengan harga kurier yang mahal, kadang-kadang melebihi harga barangan yang dibeli atau dihantar. Rasa macam tak berbaloi pula!

Tapi korang pernah dengar tak tentang Teleport PINK?

Kalau korang nak tahu, Teleport PINK ni ialah syarikat kurier yang menyediakan penghantaran pelanggan pada harga yang sangat berpatutan dan pantas. Pos hari ni, esok dah sampai!

Flat Fee RM40 Ringgit Je? Seriuslah?!

Mesti tak percaya kos penghantaran pada harga kadar rata kan? Lagi-lagi untuk penghantaran ke/dari luar negara.

Haaa.. Ni kami nak kongsikan tentang servis kurier daripada Teleport PINK yang menawarkan kos penghantaran sampai esok pada kadar rata (flat fee) RM40 ATAU Singapura/SGD15.

Untuk pengetahuan, Teleport PINK baru saja melancarkan laluan penghantaran diantara 2 negara iaitu Singapura dan Malaysia (Lembah Klang). 

Bermula 2023, Teleport PINK merancang untuk meluaskan destinasi penghantarannya ke lebih banyak destinasi di Malaysia dan Asia Tenggara. 

Macam mana nak gunakan perkhidmatan Teleport PINK?

Senangnya nak guna Teleport Pink:

Langkah 1: Dapatkan parcel beg anda secara online atau melalui rakan kongsi Teleport PINK

Langkah 2: Scan kod QR untuk mulakan pesanan

Langkah 3. Bungkus parcel anda (tanpa perlu dilekatkan) untuk memudahkan urusan di kastam

Langkah 4: Sedia untuk PENGHANTARAN!

Paling best mengenai beg parcel ni, ia boleh digunakan dua kali. Haaa??

Contoh situasi dia macam ni, korang hanya perlu bayar RM40 untuk gunakan perkhidmatan ni dengan beli beg bungkusan Teleport PINK untuk menghantar barangan ke Singapura. 

Kemudian penerima di Singapura boleh menggunakan bungkusan yang sama untuk menghantar bungkusan baru, tapi penerima tu perlu membayar SGD15 untuk penghantaran ke Malaysia.

Di belakang beg bungkusan tu ada pelekat arahan, untuk guna semula beg tu, hanya perlu tanggalkan pelekat arahan pertama untuk scan kod QR bagi penghantaran kedua daripada Singapura.

Order Hari Ni, Esok Sampai. Pantas Tu!!

Selalu kalau barang daripada luar negara mesti ambil masa nak sampai kan? Tapi dengan Teleport PINK ni, ia akan sampai keesokkan harinya untuk penghantaran dari/ke Singapura.

Korang hanya perlu buat pesanan (untuk menghantar parcel) ke Singapura sebelum jam 4 petang. Bungkusan korang akan sampai ke Singapura sebelum jam 6 petang keesokan harinya.

Macam ni lebih senanglah nak shopping barang yang takde di Malaysia dekat Singapura (gunalah personal shopper lepas tu suruh mereka hantar guna Teleport PINK). 

Nak hantar barang ke orang tersayang di sana pun murah je. Bayangkan nak hantar barang urgent, esok je sampai. Settle masalah!

Eah tunggu dulu, sekarang ni tengah ada promo PERCUMA UNTUK PENGHANTARAN PERTAMA kalau korang guna servis daripada Teleport PINK  ni. Hanya perlu guna promo kod ‘PINKFREE’

Kalau korang refer kawan korang untuk gunakan servis Teleport PINK ni, korang akan dapat satu lagi promo penghantaran PERCUMA. Best tu!

Penerima di Singapura pun boleh menggunakan promo kod ‘PINKFREE’ untuk menikmati penghantaran pertama secara PERCUMA!

Jangan tunggu lama-lama. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Teleport PINK layari, klik SINI.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas