Connect with us

Oh! Media

McDonald’s Ada Menu Sarapan Baru? Nak Bawa Pergi Berkelah Confirm Best!

Breakfast McD

Branded

McDonald’s Ada Menu Sarapan Baru? Nak Bawa Pergi Berkelah Confirm Best!

Dengar cerita McDonald’s ada keluarkan menu sarapan baharu, betul ke? 

Haa, macam yang korang tahu, McDonald’s menyediakan pelbagai jenis menu sarapan yang sangat sedap dan sesuai untuk dimakan tak kira di mana saja korang berada. Paling penting, setiap makanan dibuat segar pada setiap hari tau! 

Untuk menu sarapan baharu kali ini, mereka memperkenalkan Omelette Muffin! Fuhh, bunyi macam sedap je~

Memang sedap pun! Siap boleh bawa ke mana saja tau terutama untuk family gathering dan pergi berkelah! 

Kalau korang nak tahu apakah keistimewaannya, jom kita tengok! 

Mekdi Bawa Kelainan Dalam Menu Sarapan Baharu, Gebu Pada Setiap Gigitan! 

Hadir dengan dua jenis pilihan iaitu Omelette Cheese Muffin dan Sausage & Omelette Cheese Muffin, tak dinafikan menu ini sangat sesuai untuk dijadikan hidangan semasa berkelah! 

Omelette Cheese Muffin

Untuk Omelette Cheese Muffin, ia lengkap dengan omelette yang ditaburi dengan daun bawang, cili merah serta disaluti sos mayonis dan keju meleleh. Fuhh, masuk dalam mulut terus cair woo! 

Paling best, ia dilapik bersama Muffin yang dibakar sehingga perang keemasan tau. Perghh, memang gebu pada setiap gigitan! 

Sausage & Omelette Cheese Muffin

Manakala, untuk Sausage & Omelette Cheese Muffin pula, ia dilengkapi dengan kepingan patty sosej ayam yang juicy, juga dilengkapi dengan omelette cheese dan disaluti dengan sos mayonis serta keju meleleh. Confirm kick punya! 

Kalau korang order sekali Breakfast McValue Meal, kedua-dua pilihan ini akan disekalikan dengan kepingan Hash Browns serta Americano. Haa, lepas ni tak perlu pening kepala nak cari air dan hidangan tambahan pula. 

Berkelah Kini Lebih Puas Bersama McDonald’s! 

Wahh, kalau tengok gambar pun dah terliur, apatah lagi kalau dapat depan mata! Memang sesuailah dibawa semasa berkelah! 

Nak rasai sendiri kelainan menu Omelette Muffin ni? Korang boleh dapatkan bermula jam 6.30 pagi sehingga 10 pagi tau! Jadi, jangan lambat-lambat, takut terlepas~

Kalau korang nak senang, korang boleh dapatkan menu ini menerusi McDelivery atau pandu lalu okay? Jimat sikit masa korang! 

Jadi, tunggu apa lagi, cepat serbu McDonald’s berdekatan dan dapatkan Omelette Muffin!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi McDonald’s atau ikuti media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas