Connect with us

Oh! Media

Meriahkan FYP TikTok Dengan Effect AR Tanglung Kong Ming & Rebut Peluang Redeem Nando’s. Wow!

Branded

Meriahkan FYP TikTok Dengan Effect AR Tanglung Kong Ming & Rebut Peluang Redeem Nando’s. Wow!

Rasa macam baru semalam kita melangkah ke tahun 2022, sedar tak sedar minggu depan dah nak sambut satu lagi perayaan besar di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina.

Kalau korang nak tau, dalam sambutan Tahun Baru Cina terdapat satu hari di mana masyarakat Cina akan menerbangkan tanglung yang dituliskan hajat atau doa ke langit.

Walau bagaimanapun, atas faktor keselamatan tradisi ini telah menjadi larangan di beberapa negara termasuk Malaysia. Tapi bagi yang nak merasai sendiri pengalaman menerbangkan tanglung atau Kong Ming ni, korang boleh lakukannya TETAPI secara virtual menggunakan effect khas AR Sky Lantern di aplikasi TikTok.

Ini merupakan kesan khas pertama seumpamanya yang ada di Asia Tenggara tau. Menggunakan AR Sky Lantern Effect ni, korang boleh tulis hajat korang pada tanglung dan ‘terbangkannya’ secara virtual dan lagi menarik korang juga boleh baca hajat orang lain (yang ada di sekitar lokasi korang) yang telah ‘diterbangkan’.

Tapi bukan itu je tau, effect ni juga ada AR Location-Triggered Sky Lantern, yang berikan korang pengalaman baru menggunakan effect khas di TikTok. Kalau korang guna effect di lokasi terpilih (lebih seribu lokasi pinpoint di seluruh Malaysia), korang boleh tengok satu lagi effect akan muncul iaitu AR Tiger. Kira double effectlah. Wow!

#LightUpCNY & Rebut Peluang Makan Nando’s PERCUMA. Wow!

Boleh dikatakan sekarang semua orang ada aplikasi TikTok, jadi alang-alang tu kami nak ajak korang untuk sertai challenge #LightUpCNY sebab korang berpeluang untuk menang bekalan Nando’s selama setahun. Bestnya!

Macam mana nak join senang je, korang hanya perlu kumpul seberapa banyak mata ganjaran setiap hari sepanjang peraduan berlangsung, 27 Januari-15 Februari 2022

Kemudian dengan mata ganjaran yang dikumpul, korang boleh tebus baucar Nando’s atau rebut hadian utama bekalan Nando’s untuk setahun!

Mudahkan? Korang hanya perlu selesaikan tugasan harian, kumpul mata ganjaran dan tebus hadiah yang korang inginkan!

Cara nak kumpul mata ganjaran pun mudah je antaranya:

  • Post video menggunakan AR Sky Lantern Effect bersama tanda pagar #LightUpCNY di aplikasi TikTok
  • Check-in halaman peraduan
  • Kongsi pautan peraduan
  • Follow akaun TikTok Nando’s Malaysia 
  • Kongsikan invitation code kepada kawan-kawan ATAU
  • Join dengan invitation code yang rakan korang kongsi

Rancakan FYP dengan cabaran #LightUpCNY

https://www.tiktok.com/@dollaofficial/video/7057692958958603546?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Tunggu apa lagi? Jom cuba effect terbaru AR Sky Lantern dan nikmati kegembiraan dengan menuliskan hajat korang dengan #LightUpCNY di TikTok hari ini!

Mana tau video yang korang kongsikan naik dekat FYP. Jangan lupa juga untuk join challenge #LightUpCNY dan kumpulkan seberapa banyak mata ganjaran. Mungkin koranglah yang bakal makan Nando’s PERCUMA selama setahun.

Peraduan ini tertakluk pada terma dan syarat. Sebarang maklumat lanjut boleh klik di SINI

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas