Connect with us

Oh! Media

‘Mampu Ke Aku Survive?’, Pandemik Serlah Semangat Perpaduan & Keprihatinan Rakyat Malaysia

Kopi WONDA video Merdeka

Branded

‘Mampu Ke Aku Survive?’, Pandemik Serlah Semangat Perpaduan & Keprihatinan Rakyat Malaysia

Sedar tak sedar, dah hampir dua tahun kita hidup dalam belenggu pandemik. Hinggakan tak terasa masa berlalu dan kita sudah pun memasuki bulan kemerdekaan.

Jujur kami katakan, pandemik membuatkan kita semua rasa lebih penat dengan keadaan semasa. Ditambah pula dengan keadaan ramai yang hilang punca pendapatan, serta angka jangkitan yang masih tinggi.

Namun, di sebalik semua ini, kita seharusnya bersyukur kerana Malaysia dianugerahkan masyarakat yang bersifat prihatin dan bermurah hati untuk membantu sesiapa saja yang memerlukan. 

Oh! Media bangga sangat dengan semangat ini, yang menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk terus bertahan. 

Food bank untuk sesiapa yang memerlukan

Kredit: MCO Food Bank

Keadaan pandemik yang berlarutan menyebabkan lebih ramai terhimpit untuk meneruskan kehidupan.

Bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara terus, terdapat individu yang mula menubuhkan food bank dengan wang sendiri dan ada juga daripada pihak NGO.

Mereka menyediakan barang keperluan asas yang diletakkan di tempat-tempat awam dan senang untuk diambil. Tiada sebarang syarat yang perlu dipenuhi asalkan tiada perut yang tidur dalam keadaan lapar.

Kumpul dana bantu mereka yang memerlukan

Rakyat Jaga Rakyat (WONDA)
Kredit: Dr Helmy
Rakyat Jaga Rakyat (WONDA)
Kredit: Twinkle

Selain bantuan food bank, masyarakat Malaysia juga tidak putus-putus berkongsi dan mengumpulkan dana bagi mereka yang memerlukan.

Dibawah tanda pagar seperti #kitajagakita atau #rakyatjagarakyat, korang boleh tengok rakyat Malaysia berkongsi maklumat tentang individu atau masyarakat yang memerlukan. 

Uncle Kentang ikon (WONDA)
Kredit: Kuan Chee Heng

Dalam kalangan masyarakat Malaysia juga, sebenarnya terdapat ikon kebajikan yang tidak putus memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, sebagai contoh Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng.

Beliau sebelum ni dikenali kerana memberikan perkhidmatan ambulans percuma, rumah sewa dengan bayaran RM1, mengumpulkan dana untuk pembelian van jenazah dan sekarang Uncle Kentang giat menolong dan berkongsi tentang individu yang memerlukan bantuan. Respectlah Uncle!

“All Colours Are Wonderful When They Are Wonda-Ful Inside”

WONDA-FUL TOGETHER

Melihat kepada semangat setia kawan yang ditunjukkan masyarakat Malaysia, Oh! Media teringat satu iklan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia daripada Kopi WONDA.

Mesej yang disampaikan video ni jelas menggambarkan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Walaupun kita mungkin kelihatan berbeza pada luaran, namun itulah yang menjadi kekuatan negara ini.

Rakyatnya yang prihatin dan saling bantu membantu terutamanya dalam keadaan yang sukar, jelas menunjukkan bahawa sifat kebersamaan itu sangat indah apabila kita mengetepikan perbezaan.

Sorakan kegembiraan rakyat Malaysia

Satu lagi perkara yang kami rasa perlu dikongsikan betapa indahnya masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ni ialah semasa Olimpik Tokyo 2020 yang lepas.

Kredit: Pjoe

Sorakan rakyat Malaysia meraikan kemenangan atlet badminton negara, buatkan kami rasa terharu dan terasa meremanglah bulu roma!

Hidup lebih WONDA-Ful tanpa perbezaan!

Hidup lebih bewarna dengan WONDA

Uniknya negara Malaysia kerana kepelbagaian warna yang mencorakkan masyarakat dan menjadikannya lebih ‘wonderful’.

Lepas ni kalau minum kopi WONDA, ingatlah kehidupan ini lebih Wonda-ful apabila bersama. Setiap daripada kita memainkan peranan penting untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan negara ini.

Oh! Media dan Kopi WONDA mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke 64 dan Hari Malaysia ke 58 buat semua masyarakat Malaysia.

Kredit: MCO Food Bank, Pjoe , Kuan Chee Heng, Baan Thai Restaurant, Twinkle, Dr Helmy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas