Connect with us

Oh! Media

Kena Tipu Dengan Callman? Ini 5 Perkara Penting Korang Kena Tahu Bila Kereta Rosak Atau Kemalangan!

Allianz Road

Trending

Kena Tipu Dengan Callman? Ini 5 Perkara Penting Korang Kena Tahu Bila Kereta Rosak Atau Kemalangan!

“Aduh, habislah kereta aku!!! Apa nak kena buat ni?” 

ADVERTISEMENT

Korang pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya? Apa benda pertama yang korang lakukan lepas kemalangan tu? Telefon kawan minta tolong atau settle tepi? 

Jujurlah first time masa Ohmedia terlibat dengan accident dulu, kami agak blur nak buat apa. (Paniklah katakan). Sampailah ada orang offer service towing kereta, kami pun relakan je. Mula-mula ingat kena bayar beberapa ratus je, sekali dapat resit RM1,500. Dahlah baru lepas accident, duit ‘hangus’ nak bayar towing lagi. Sedih gila! 

Tapi lepas kejadian tu, baru kami sedar, sebenarnya bila terjadinya kemalangan ada 5 perkara yang pemandu kena alert. 

1. JANGAN PANIK!!

Bila fikiran korang berada dalam keadaan panik, korang susah untuk berfikir dengan rasional. Kalau boleh, elakkan daripada menimbulkan pergaduhan atau meninggikan suara, tak kiralah sama ada korang mangsa atau penyebab kemalangan tu terjadi. 

Pastikan diri korang dan penumpang dalam kereta tak mengalami sebarang kecederaan yang memudaratkan. 

2. Call Syarikat Insurans 

Korang ada insurans kereta? Call ejen insurans korang ATAU direct call road assistance dan ceritakan tentang kemalangan yang menimpa. Mereka ada guide apa yang korang perlu lakukan. 

Satu yang korang kena aware, jangan benarkan sesiapa selain daripada syarikat insurans korang untuk tunda kereta. Tapi sebelum tu, korang kena pastikan polisi insurans yang korang ambil ialah polisi komprehensif yang merangkumi servis menunda kenderaan secara percuma.

Ini kerana mengambil servis tunda daripada pihak ketiga membuka peluang untuk korang ditipu atau bahasa mudahnya kami panggil kena ‘ketuk’ dengan callman! 

3. Ambil Gambar Kerosakkan Kereta 

Selesai periksa kecederaan pada diri dan penumpang, korang bolehlah start snap segala bukti di tempat kejadian seperti nombor plat kereta yang terlibat, warna kereta, maklumat individu yang terlibat dengan kemalangan, lesen memandu dan maklumat saksi di tempat kejadian.

Ini penting untuk mudahkan urusan korang buat laporan polis dan nak claim insurans nanti. Lagi bagus, kalau korang pasang dashcam dalam kereta, takdelah jadi isu kalau ada pihak putar belit cerita. 

4. Buat Laporan Polis 

Jangan bertangguh! Dalam masa 24 jam lepas kemalangan, terus buat laporan polis. Bawa semua bukti yang korang dah rekodkan. Kemudian simpan salinan laporan polis untuk buat tuntutan insurans. 

Biasanya polis akan ambil keterangan daripada kedua-dua pihak (atau lebih) yang terlibat dalam kemalangan. 

Elakkan settle tepi, kerana korang mungkin kena tanggung kos baik pulih kereta yang lebih tinggi. Tak berbaloi langsung! 

5. Tuntut Insurans 

Selesai laporan polis, barulah korang boleh ke bengkel di bawah panel untuk claim insurans. Bawa semua dokumen yang diperlukan seperti polisi insurans, kesemua surat, writ dan saman yang anda terima daripada pihak ketiga akibat kejadian tersebut. 

Waktu macam inilah biasanya pemilik kenderaan baru tau, betapa pentingnya insurans untuk kenderaan mereka. Taklah dah accident baru nak menyesal, tengok kos baik pulih kenderaan. 

Kenderaan korang takde panel insurans? Apa kata korang langgan SEKARANG dengan Allianz Malaysia. Barulah kenderaan korang lebih dilindungi. 

Kalau susah sangat nak hafal step nak buat apa lepas accident, apa kata korang layan video ini dulu: 

#RingRingJustCallAllianz 

Allianz Malaysia sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dari segi perlindungan, perkhidmatan tambah nilai dan memastikan keselamatan pemilik kenderaan semasa kecemasan.

Kalau korang nak tau, Allianz Road Rangers boleh dihubungi secara 24/7 jika terjadi kerosakkan kenderaan (kereta atau motosikal) atau jika korang terlibat dengan kemalangan jalan raya. 

Bukan hanya menawarkan servis perkhidmatan tunda, Allianz Road Rangers ialah perkhidmatan bantuan jalan raya untuk kereta dan motosikal yang tersedia di seluruh Malaysia. Mereka menawarkan perkhidmatan menyeluruh supaya korang dapat meneruskan perjalanan dengan tenang selepas berlakunya kemalangan atau kerosakkan kenderaan. 

Lebih menarik Allianz Road Rangers mempunyai 7 touchpoints* untuk membawa korang pulang dengan selamat jika terjadi kemalangan: 

1. Talian bantuan 24-jam– Hubungi 1800-22-5542 jika berlaku kemalangan jalan raya atau memerlukan bantuan tepi jalan. 

2. Allianz Bike Brigade– Pasukan Respon Pertama yang akan tiba untuk memberikan bantuan, termasuk pertolongan cemas jika diperlukan. 

3. Trak Tunda Allianz– Tunda kenderaan rosak ke balai polis kemudian ke Panel Pembaikan Allianz* atau bengkel francais bergantung permintaan. 

4. Bantuan tuntutan di balai polis– Membantu/bimbing perkara yang perlu dilakukan dan berada di balai polis bersama-sama dengan anda. 

5. Baucar e-hailing– Untuk anda gunakan untuk pulang ke rumah dari tempat kemalangan.

6. Tuntutan kelulusan yang pantas– Memproses dan menerima Tuntutan Kerosakkan Sendiri (TKS) sepantas 10 minit. 

7. Penghantaran kenderaan– Anda tak perlu ambil kereta di bengkel kerana Allianz akan membantu menghantar kenderaan yang sudah siap dibaiki kepada anda. 

*Tertakluk pada terma & syarat. 

Untuk pengetahuan, kesemua perkhidmatan ni korang boleh nikmati secara PERCUMA jika korang pemegang polisi Allianz Motor Comprehensive (Kereta Persendirian), Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) and Allianz Motorcycle (Komprehensif) (di bawah 250cc). 

Jadi lepas ni ingat, kalau korang terlibat dengan kemalangan atau kenderaan korang breakdown, korang hanya perlu #RingRingJustCallAllianz di talian, 1800-22-5542 tapi pastikan korang dah melanggan pelan Allianz tau! Maklumat lanjut mengenai insurans daripada Allianz Malaysia, korang boleh ikuti mereka di Facebook, Instagram atau laman web rasmi Allianz Malaysia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas