Connect with us

Oh! Media

Iklan SAJI Kembali Meruntun Jiwa Menerusi ‘Manih-Manih Podeh’. Part Faizal Hussein Nangis Tu…

Branded

Iklan SAJI Kembali Meruntun Jiwa Menerusi ‘Manih-Manih Podeh’. Part Faizal Hussein Nangis Tu…

Setiap kali menjelangnya Syawal, kita pasti teruja dengan perasaan ingin pulang berkumpul bersama keluarga, bertukar cerita dan berkongsi kenangan lama.

Mana tidaknya, bila masing-masing sudah dewasa, ‘keluar’ daripada rumah dan mempunyai keluarga sendiri segala yang kita pernah lalui bersama satu ketika dahulu hanya tinggal menjadi sebuah kenangan.

Walaupun kadang-kadang kita rasa lengkap dan mempunyai segalanya, tapi apabila rasa rindu tu datang kita terus terasa ‘kosong’. Lagi-lagi bila tiba hari raya, sebak dia tu lain macam.

Begitulah kehidupan…

Seperti tahun-tahun sebelum ni, tak lengkap rasanya raya tanpa iklan yang tangkap leleh kan? Tahun ni, kami kongsikan iklan SAJI, “Manih-Manih Podeh” yang menampilkan pelakon berbakat Faizal Hussein dan Fimie Don yang membawakan watak ayah dan anak. 

Jom layan dulu iklannya.

Orang cakap air dicincang tak akan putus, macam itu jugalah hubungan keluarga ni. Merajuk atau marah macam mana pun, ikatan yang terjalin tu tak kan pernah hilang.

Begitulah mesej tersurat “Manih-Manih Podeh”, sesungguhnya bahagia tu bukan pada APA yang kita ada, tetapi SIAPA yang kita ada.

Korang kalau ada ‘termakan’ hati pada ahli keluarga ni, ambillah pengajaran daripada iklan SAJI ni. Berlapang dada lah menerima teguran dan segala kekurangan dan saling bermaafan sesama keluarga yang hanya pinjaman sementara di dunia ini. Kehidupan korang pasti rasa lebih tenang.

Jom Menangi Emas Raya Bernilai sehingga RM 170,000 melalui peraduan SAJI Sentiasa Di Sisi

Harga emas tengah naik, dapat pula hadiah emas. Girangnya rasa hati!!

Haa.. Sempena Ramadan Raya ni, FGV Holdings Berhad, menganjurkan peraduan SAJI Sentiasa Di Sisi dengan menawarkan hadiah khas emas SAJI. Wow!

Kalau korang nak tau, selain daripada produk minyak masak SAJI, FGV turut mengeluarkan rangkaian produk makanan lain seperti Krimer Pekat, Marjerin Seri Pelangi dan pelbagai lagi!

Bagi yang berminat nak menang emas, inilah masanya. Kalau korang pengguna minyak masak SAJI lagi onzzz…

Cara penyertaan:

Langkah 1: Beli produk SAJI atau Seri Pelangai bernilai RM28 dalam satu resit

Langkah 2: Imbas kod QR atau Whatsapp bukti pembelian ke nombor 016-6781172

Langkah 3: Mungkin andalah pemenang yang dicari!

Senangkan nak menang, rasanya produk-produk FGV ni dekat sangat dengan masyarakat Malaysia, rugi kalau korang tak sertai!

Maklumat lanjut mengenai peraduan Saji Sentiasa Di Sisi atau produk FGV korang boleh klik SINI.

Suka dengan iklan “Manih-Manih Podeh”? Jangan lupa share, kita bagi trending!

SAJI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas